Berita Auto

BMW Group Malaysia Memperkenalkan Pengedar Baharu BMW, Raza Premium Auto di Kelantan

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan Raza Premium Auto sebagai pengedar BMW terbaharu di dalam negara. Terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia, pengedaran BMW terbaharu itu bakal menyediakan perkhidmatan penuh BMW Group (Jualan, Servis, Sistem dan Alat Ganti) kepada para pelanggan di kawasan terbabit.

Mengalu-alukan kehadiran Raza Premium Auto ke dalam rangkaian pengedar BMW Group Malaysia, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, “Selaku peneraju serta pengeluar kenderaan premium di peringkat global dan Malaysia, kami bukan sekadar menjual kereta. Malah, kami turut komited untuk memperkenalkan teknologi-teknologi baharu dan relevan. Rasa tanggungjawab ke atas para pelanggan juga menjadi keutamaan kami. Nilai-nilai ini menjadi satu kriteria penting untuk kekal premium.”

Menurut Harris lagi, pengedaran 4S BMW sememangnya menjadi poin penting dalam menawarkan pengalaman premium, sebagaimana yang dijanjikan oleh jenama BMW. Justeru, pembukaan Raza Premium Auto di Kelantan merupakan bukti keyakinan BMW bahawa pengalaman itu harus dikongsi ke seluruh negara.

BMW 01

Berucap pada majlis pembukaannya, Pengarah Urusan & Pengedar Prinsipal Raza Premium Auto, Dato’ Seri Haji Abdul Razak berkata, “Memandangkan BMW adalah peneraju dalam segmen automotif premium, kami di Raza Premium Auto akan disokong oleh hanya yang terbaik dalam menawarkan kenderaan premium kepada para pelanggan di seluruh negeri Kelantan. Kami yakin mampu memberikan pengalaman pemillikan premium, hasil kerjasama daripada pasukan yang terdiri daripada kakitangan berkemahiran dan profesional. Mereka ini berupaya menawarkan perkhidmatan premium kepada para pelanggan yang setara dengan mana-mana kemudahan 4S BMW Group di dunia!”

Tambah Abdul Razak lagi, dengan pengalaman dan pengetahuan luas Raza Premium Auto dalam operasi di negeri Kelantan, organisasi itu nyata berbesar hati apabila berpeluang dilantik sebagai wakil rasmi jenama BMW yang pertama di negeri tersebut.

Melibatkan ruang keseluruhan seluas 7,800 kaki persegi, Raza Premium Auto mampu menawarkan semua perkhidmatan BMW 4S kepada para pelanggannya di negeri Kelantan. Kemudahan baharu itu menampilkan perabot dan standard BMW Group. Ia juga menyediakan ruang jualan serta pameran yang boleh menempatkan sehingga 3 buah kenderaan, 2 hingga 3 unit kenderaan untuk pandu uji, empat ruang penyelenggaraan, sebuah lounge bagi kegunaan pelanggan, Isetta Bar, bilik-bilik mesyuarat dan perbincangan.

Raza Premium Auto BMW 4S terletak di Lot 493 & 183, Jalan Kuala Krai, Seksyen 20, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi BMW Voice di talian 1 800 88 3000, Raza Premium Auto di nombor: +609-744 5333 atau layari laman web: www.bmw.com.my

BMW 02

Previous post

Gambar Prototaip Porsche 911 2016 Diedarkan

Next post

Honda NSX Kembali Ke Jalanan Selepas 10 Tahun

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *