Cerita Auto

Audi 2.5 liter TFSI Memang Anugerah Tahunan Enjin Antarabangsa

Ini akan menjadi tahun keenam Audi membawa pulang anugerah untuk enjin TFSI 2.5 liter mereka.  Ianya adalah enjin 5-silinder sama seperti kebanyakan enjin Eropah, tetapi telah diubahsuai jangka hayatnya untuk memastikan ia masih relevan dan efisyen mengikut perubahan standard dan konteks.

Audi-RS3-Sportback

Enjin 5 silinder agak unik memandangkan ianya bukan dihasilkan secara besar besaran dan berbagai bagai seperti enjin 4 silinder, namun tidak berapa diminati seperti enjin straight-6, enjin flat-6, atau enjin V8.  Walaupun agak ganjil tetapi ianya istimewa kerana hanya terdapat pada kereta yang unik sahaja.

audi_sport_quattro_1988_1

Audi, Volvo dan Fiat telah menghasilkan enjin 5 silinder pada zamannya.  Kejayaan Audi adalah pada era rally Group B, yang telah menjadikan enjin turbocharged 5-silinder pada Audi Quattro terkenal di dunia.  Bunyi unik enjin serta prestasinya, sukar dilupakan.

RS3110013_small

Jelmaan moden enjin 5-silinder lebih maju dan efisyen, dan lebih berkuasa.  Digunakan oleh Audi RS 3 Sportback, ejnin 2.5 TFSI menghasilkan 367 hp dan tork 465 Nm, pada keempat roda melalui sistem Quattro pacuan empat roda. Terima kasih kepada teknologi moden turbo, tork maksimum boleh didapati dari hanya pada idel, hingga 5,550 rpm.

 

 

 

Previous post

Kashi Kikai, Kilang Transmisi Enjin Termaju di Malaysia Telah Dilancarkan

Next post

Japan Terima Subaru Imprezza Sport Hybrid

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *