Cerita Auto

Volkswagen Sharan 2015 Tiba

Sharan MPV serba baharu boleh ditempah dengan harga bermula dari £26,300 RRP OTR di United Kingdom dan ini bermakna apabila ianya tiba di Malaysia , harga jualan akan berubah sedikit dari sebelum ini.  Kenderaan tujuh tempat duduk ini di mana generasi pertama telah dperkenalkan pada tahun 1995 telah diberi nafas baru dan kini menampilkan spesifikasi yang dinaik taraf serta rangkaian enjin yang memenuhi piawaian EU6 dan kecekapan naik sebanyak 15% dari sebelumnya.

VW_Sharan2

Dari segi dalamannya, Sharan baharu dinaiktaraf dengan upholsteri baharu, stereng baharu dan sistem MIB skrin sesentuh warna generasi kedua yang baharu pada semua rangkaian model S, SE dan SEL.  Juga, ciri standard pada semua rangkaian model adalah Automatic Post-Collision Braking System, telefon dengan Bluetooth dan penghawa dingin zon-tiga Climatronic.

VW_Sharan1

Trim SE menerima rel bumbung krom dan cermin belakang tinted, sensor parkir depan dan belakang, kawalan cruise dan banyak lagi, manakala trim untuk SEL mempunyai Front Assist dan Adaptive Cruise Control, panaromic sunroof, Acantara upholsteri dan Discover Navigation dengan CarNet Guide dan Inform.

Dua enjin petrol boleh didapati dalam Sharan baharu ini di mana pelanggan mempunyai pilihan antara enjin 1.4 liter  TSI dan 2.0 Liter TSI.  Semua model akan menggunakan kotak gear DSG enam-kelajuan.

VW_Sharan3

 

Previous post

SYNC® 3 Mendekatkan Pemandu dan Kereta Lebih Rapat

Next post

Porsche Keluarkan Imej Edisi Warna Hitam 911 Carrera dan Boxster

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *