Cerita Auto

Hyundai Sonata Dianugerahkan antara 10 Kereta Keluarga Terbaik oleh Majalah Parents Dan Edmunds.com

Majalah Parents, salah satu penerbitan yang dipercayai oleh keluarga, dan Edmunds.com, antara sumber yang dipercayai untuk pembeli kereta baru, telah bekerjasama untuk menamakan Hyundai Sonata 2015 sebagai salah sebuah Kereta Keluarga Terbaik.  Sonata menerima anugerah ini atas dasar keselamatan dan ciri ciri keluarga yang mudah seperti ruang kabin yang luas dan teknologi yang intuitif.

Hyundai-All-new-Sonata

“Keluarga melihat kereta mereka sebagai satu tempat selamat dan dalam masa yang sama memberikan berbagai kebolehan untuk aktiviti harian mereka dan kami berbangga bahawa Sonata terus memenuhi jangkaan keluarga pada apa yang paling penting untuk mereka,” kata Mike O’Brien, Timbalan Presiden, perancangan korporat dan produk, Hyundai Motor America.  “Untuk memastikan keselamatan keluarga apabila berada di jalanraya, Sonata dipasang enam bag udara, termasuk bag udara di bahagian lutut baharu bagi pemandu yang direka untuk memberikan perlindungan tambahan pada pelanggaran tertentu.”

Hyundai-Sonata-Interior

Sebagai tambahan kepada anugerah ini, baru baru ini Sonata telah dinamakan U.S News & World Report Best Midsize Car untuk keluarga, KBB.com Best Family Car 2015 dan juga memenangi anugerah dari Cars.com, USA TODAY, MotorWeek Midsize Sedan Challenge.

hyundai-sonata-2015

 

Previous post

Shell Menawarkan Pengalaman ‘Ultimate Car Engine Rejuvenating’ Secara Percuma di Festival #LoveMyRide

Next post

Volkswagen Phaeton Dikeluarkan Dari UK Dan Ditingkatkan Di China

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *