Berita Auto

Audi Mendesak Untuk Mengatasi BMW Secara Global

Audi memulakan program pelaburan yang terbesar dalam sejarah pada tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengatasi BMW sebagai pembuat kereta premium terbesar di dunia pada tahun 2020. Anak syarikat Volkswagen Group akan menghabiskan 24 billion euro dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menambah produk baru, teknologi yang ringan, rangkaian kuasa alternatif dan meningkatkan penyambungan. Audi CEO Rupert Stadler amat yakin dengan barisan pembuat kerata SUV yang berkembang pesat. Beliau juga mahukan rangkaian Audi untuk meningkat oleh 10 model dalam 5 tahun akan datang untuk membantu meningkat kepada kedudukan No. 1 dalam jualan kenderaan premium.

Mercedes mempunyai MPV untuk beberapa waktu sekarang dan BMW akhirnya akan mengeluarkan MPV kompak mereka sendiri, Audi telah memutuskan sebuah SUV dengan Q1 kerana SUV mempunyai kadar penaklukan yang lebih tinggi daripada van mini, walaupun dalam segmen kompak. Audi percaya bahawa pengguna lebih cenderung untuk beralih ke sebuah SUV dan lebih cenderung untuk membayar harga premium kerana SUV dianggap lebih beremosi. Audi lebih suka mempunyai pilihan emosional daripada pilihan yang rasional. Keutamaan Audi adalah untuk mempunyai keupayaan untuk menawan pelanggan baru dan kemudian menguasai satu harga premium.

Audi-R8-2

Previous post

Hyundai Genesis diLancarkan Di Malaysia, Mentakrifkan Pemanduan Mewah

Next post

Renault Tampilkan Clio Renaultsport 220 Trophy

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *