Cerita Auto

Hyundai Genesis diLancarkan Di Malaysia, Mentakrifkan Pemanduan Mewah

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah memperkenalkan Genesis serba baharu di pusat GDSI 3S (Global Dealership Space Identity) baharu mereka hari ini, menandakan pelancaran sedan mewah pertama mereka yang sangat dinantikan.

Hyundai-Genesis-11

Pelancaran Genesis ini bertepatan dengan pembukaan resmi oulet Sime Darby Auto Hyundai di Jalan Klang Lama, yang merupakan pusat Flagship 3S GDSI pertama di rantau Asia dengan ukuran 38,000 kaki persegi.

Hyundai-Genesis-01

Genesis baharu ini menetapkan standard baru untuk sedan premium dengan tahap yang cemerlang dari segi penghalusan dan nilai untuk wang, bertepatan dengan reputasi berkembang Hyundai sebagai perintis automotif global

Hyundai-Genesis-03

Genesis serba baharu ini dikuasakan oleh enjin V6 GDI 3.8 liter yang memberikan kuasa kepada roda belakang, yang dihasilkan untuk komplemen transmisi otomatik lapan-kelajuan buatan Hyundai sendiri untuk memastikan perjalanan yang lancar dan tenang.

Hyundai-Genesis-12

Genesis ini menghasilkan tork yang tinggi, 397nm walaupun pada RPM yang rendah iaitu 5,000rpm, meningkatkan prestasi yang sangata ketera dan keupayaan walaupun pada kelajuan 80 hingga 120km/j dan pecutan dari 0-100km/j dalam hanya 6.5 saat.

Hyundai-Genesis-04

Harga RM388,921.52 (termasuk GST, cukai jalan dan sewa pemilikan pembelian tetapi tidak termasuk insurans) boleh didapati dalam pilihan tiga Metallic yang dipilih khas dan  warna luaran Pearlescent – Marble White, Platinum Silver and Onyx Black. Dua pilihan warna elegan trim dalaman boleh didapati iaitu Beige Two-Tone and Black One-Tone.

Hyundai-Genesis-15

HSDM menawarkan 8 tahun atau 300,000km jaminan pada powertrain (enjin dan kotak gear) dan jaminan ini pada masa ini hanya untuk Genesis dan YF Sonata. Jaminan 5 tahun standard  atau 300,000km (yang mana terdahulu) ke atas semua kenderaan penumpang baru.

Hyundai-Genesis-10

Selain daripada itu di luar, pemilik kereta Genesis juga akan mendapat manfaat daripada 5 tahun atau 100,000km perkhidmatan percuma (yang mana terdahulu; dengan selang penyampaian 10,000), merangkumi semua perkara penyenggaraan berjadual termasuk buruh, alat ganti dan minyak pelincir. Perkhidmatan bantuan jalanan 24 jam juga disediakan kepada kenderaan Hyundai baru dan sedia ada.

Hyundai-Genesis-20

Untuk maklumat lanjut atau untuk tempahan sila ke kedai jualan yang terdekat atau hubungi Careline Pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000.

Hyundai-Genesis-16-600x400

Hyundai-Genesis-14

Hyundai-Genesis-08

Hyundai-Genesis-02

Hyundai-Genesis-09

Hyundai-Genesis-21

Hyundai-Genesis-06-600x400

Hyundai-Genesis-13

Hyundai-Genesis-18

Previous post

BMW Gabungkan algoritma dengan ConnectedDrive untuk Ramalan Parkir

Next post

Audi Mendesak Untuk Mengatasi BMW Secara Global

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *