Gaya Hidup

Perodua Sentral Mula Beroperasi Hari Ini

Pusat Sehenti 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) pertama Perodua di Seksyen 19, Petaling Jaya telah mula beroperasi hari ini sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi kepuasan pelanggan, yang bermula pada tahun 2011. Pusat Sehenti 3S dikenali dengan nama Perodua Sentral, merupakan penanda aras baru bagi Perodua yang turut memfokuskan kepada jualan dan perkhidmatan selepas jualan bagi kemudahan pelanggannya.

“Cawangan baru ini ditubuhkan dengan standard dan penanda aras yang baru bagi semua cawangan kami di seluruh negara dengan fokus untuk memuaskan hati pelanggan kami”

“Ia juga dilihat mampu memperkukuhkan lagi jenama dan posisi kami di dalam pasaran domestik, di samping meningkatkan lagi kredibiliti di peringkat serantau,” jelas Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata, perkhidmatan lebih baik yang ditawarkan adalah hasil daripada kajian selama 5 tahun dalam inisiatif transformasi untuk menjadi kompetitif di peringkat global. Inisiatif transformasi ini adalah “Transformasi Pengeluaran”;”Transformasi Produk”;” Transformasi R&D dan Perolehan”; dan “Transformasi Kepuasan Pelanggan.

Aminar menjelaskan 3 lagi inisiatif transformasi sudah dilaksanakan dengan Perodua Axia menjadi model pertama yang dihasilkan dengan mengubah operasi pengeluarannya.

“Perodua Sentral adalah satu permulaan baru, transformasi baru untuk Perodua kerana kami bekerja untuk menggembirakan pelanggan kami di peringkat peribadi dari saat mereka mula datang ke tempat kita,’ kata Aminar.

“Tempat ini juga mempunyai kafe Perodua sendiri dalam bilik pameran, yang akan menampilkan hidangan istimewa untuk sesiapa sahaja yang ingin singgah dan melawat kami,” kata Aminar.

Perodua Sentral yang dibina dengan kos sebanyak RM40 jutaini mempunyai 2 tingkat tempat letak kereta bawah tanah (184 tempat letak kereta), bilik pameran jualan, 37 ruang perkhidmatan, 2 tingkat untuk ruang operasi jualan dan selepas jualan dan satu tingkat ruang untuk sebarang acara.

Aminar berkata Perodua kini berusaha untuk membuat pusat sehenti 3S yang sama di kawasan terpilih di seluruh negara bagi memastikan bahawa tahap baru perkhidmatan pelanggan yang ditubuhkan dalam semua proses dan pusat khidmat pelanggan.

PeroduaEMY_0482

 

Previous post

VW Bekerjasama Dengan Great Wall Dalam Pengeluaran Kereta Bajet

Next post

Demi Pencapaian Kestabilan: 20 Tahun ESP Bersama Mercedes-Benz

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *