Gaya Hidup

 ‘E-Benzin’ Oleh Audi Melihat Pengeluaran Sumber Bahan Api Alternatif

Sebanyak mana kita menggalakkan penggunaan teknologi hijau seperti kereta elektrik dan hibrid, sesetengah daripada kita masih ada yang menyokong kuat enjin pembakaran yang mencemarkan alam sekitar. Tiada bandingan deruman enjin ini walaupun dengan model Tesla Model S yang mempunyai angka pecutan hebat.

Tetapi Audi telah mendapat cara lain dengan penggantian yang sesuai dari sumber tenaga berasaskan fosil minyak. Lambat laun petrol akan kehabisan, dan sehingga kini kita menunggu masa untuk bertukar kepada kenderaan yang dikuasakan oleh elektrik untuk bergerak. Bahan ‘e-benzin’ mempunyai rating RON 100, menjadikan ianya lebih stabil dari kebanyakkan minyak yang ada di pasaran.

Sebagai tambahan ianya tidak mempunyai sebatian sulfur atau nitrogen, menjadikan ianya minyak yang bersih – satu syarat yang penting di Eropah dan Jepun. Pengkaji yang bertanggungjawab ke atas projek ini memfokus untuk menghasilkan neutral karbon, bermakna pengeluaran bergantung kepada cahaya matahari atau bentuk tenaga semulajadi yang boleh diperbaharui. Komponen ‘e-benzin’ ini adalah dari bahan semulajadi: air, hidrogen dan CO2 dan ini adalah kos yang efektif.

Global Bioenergies S.A  mengendalikan kilang pertama untuk pengeluaran isobutene, bahan permulaan untuk Audi “e-benzin”, di bandar Perancis Pomacle, berdekatan dengan Reims. Isobutene dihasilkan daripada bahan-bahan mentah yang diperbaharui daripada petroleum biasa. Satu lagi rakan kongsi projek adalah Pusat Fraunhofer untuk Chemical-Biotechnological Processes (CPB) di Leuna, Saxony-Anhalt. Pengkaji disana menggunakan hidrogen untuk mengubah isobutene gas kepada cecair iso-octane. Global Bioenergies sedang membina sebuah kilang demonstrasi di Pusat Fraunhofer yang akan mula menghasilkan kuantiti yang lebih besar pada tahun 2016.

AT150327_small

Previous post

Jualan Volkswagen Group Meningkat Pada Suku Pertama

Next post

Di Bahagian Mana Kereta Anda Yang Sering Diabaikan Bila Dihantar Servis?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *