Cerita Auto

Alfa Romeo 4C Spider Dibuka Untuk Tempahan di UK

Alfa Romeo telah mula mengambil tempahan di UK untuk model 4C Spider open-top. Penambahbaikan struktur kecil mengeluarkan bumbung kerana ia berdasarkan casis serat karbon yang sama. Alfa telah merangkumkan struktur perlindungan khas aluminium, bingkai cermin serat karbon dan steel cross-member kekuatan tinggi untuk tempat letak enjin.

Alfaspider6

Ianya dikuasakan oleh enjin 240hp 1750 TBi turbocharge yang sama dengan model yang tidak boleh tukar, yang memberi masa iaitu 0-100km/h kurang dari  4.5 saat dikelajuan tertinggi hampir 260km/h .

Alfaspider3

Selain daripada bumbung fabric ringan yang standard, Alfa Romeo akan menawarkan hardtop fiber karbon sebagai pilihan, tetapi anda kena tunggu kehadirannya. Lampu xenon tertutup sekarang tampil standard untuk model Spider.

Alfaspider2

Terdapat pilihan sistem pengambilan udara fiber karbon dimana ianya lebih baik dalam menjaga kesejukkan transmisi yang sepatutnya membantu di hari trek. Seperti yang digambarkan, model Spider datang dengan Giallo Prototipo pilihan cat kuning baru.

Alfaspider4

Alfa menjanjikan adanya peningkatan di bahagian dalaman lewat tahun ini, termasuk trim kulit premium tetapi buat masa ini, pembeli perlu menumpukan perhatian mereka kepada sistem audio yang telahpun dipertingkatkan, sebagai ganti. Ianya kini menggunakan unit Alpine untuk kualiti audio yang lebih bagus dan sambungan device. Untuk harga £59,500, ianya datang sebagai standard, bersama-sama dengan alas lantai yang mewah dan tempat menyimpan barang kecil daripada kulit, sensor mengundur serta kawalan cruise.

Alfaspider5

Previous post

Teaser dan Enjin Hilux Baharu diPerkenalkan

Next post

ABT Memodifikasikan Audi TT Roadster 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *