Berita Auto

Teaser dan Enjin Hilux Baharu diPerkenalkan

Pada awal bulan ini, gambar-gambar Toyota Hilux generasi ke lapan telah disiarkan di web dimana ianya menunjukkan hampir setiap sudut pickup tersebut. Sekarang, Toyota Thailand telah mengeluarkan sebuah teaser rasmi. Hilux baharu ini lebih kepada pembaikpulihan daripada pickup yang sedia ada dan ditukar supaya ianya kelihatan seperti produk yang baru. Ianya kelihatan seperti sia sia mengeluarkan kereta yang orang dah pernah lihat, tetapi apa yang menariknya adalah ianya memperlihatkan kepada dua enjin baharu.

Kedua-duanya menggunakan diesel dan menggunakan rekaan GD, menggantikan enjin KD yang sudah berusia 10 tahun pada model lama. Enjin GD mempunyai turbocharger sejuk dan dilengkapi dengan suntikan landasan biasa. Teknologi yang ada padanya dipanggil ESTEC bermaksud Economy with Superior Thermal Efficient Combustion meningkatkan kedua-dua prestasi dan kecekapan Hilux baharu ini dan membuktikan keperluan untuk memberikan nama baru teknologi ini di Toyota.

Spesifikasi enjin baharu adalah seperti berikut :

2GD 2.4: 2,395 cc, 160hp dan tork 400 Nm, berpasangan dengan lima kelajuan kotak gear manual. Ia menjana lebih kuasa 40hp dan lebih tork iaitu 75 Nm daripada 2KD-FTV2.5L.

1GD 2.8: 2,795 cc, 177hp dan tork 420 Nm pada 5-kelajuan manual atau 450 Nm dengan enam kelajuan automatik. Ini menggantikan model semasa iaitu 1KD-FTV 3.0 liter yang menyampaikan 171 hp dan 343 Nm.

Berikut adalah teaser Toyota keluaran Thailand:

</strong>https://www.youtube.com/watch?v=k3LHhIJs6Yk<strong>

Previous post

Audi TT Clubsport Turbo Konsep – Satu Latihan Dalam Forced Induction

Next post

Alfa Romeo 4C Spider Dibuka Untuk Tempahan di UK

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *