Cerita Auto

Volkswagen Group Hantar 2.49 juta Kenderaan Dalam Suku Tahun Pertama

Volkswagen Group menghantar 2.49 juta kenderaan dari bulan Januari hingga Mac  (Januari-Mac 2014: 2.44;+ 1.8 persen).  Syarikat itu membuat penyerahan lebih 968,300 kenderaan ( Mac 2014: 946,900; 2.3 persen) kepada pelanggan dalam bulan Mac.

Volkswagen_Assembly_Plant_Pekan04

Jenama ini menghantar jumlah total sebanyak 1.02 juta kenderaan (0.98; + 4.1 persen) dalam pasaran Eropah secara keseluruhannya dalam sukut tahun pertama, di mana sebanyak 556,100 (525,100; +5.9 persen) telah diserahkan kepada Eropah Barat (tidak termasuk Jerman).  Sejumlah 314,800 pelanggan (288,700; 9.1 persen) memilih kenderaan baharu dari Volkswagen Group dalam pasaran tempatan Jerman, manakala pembuat otomotif terbesar Eropah menghantar sejumlah 147,500 unit (165,000; -10.6 persen) di Eropah tengah dan Timur.  Di Rusia, sejumlah 43,500 (68,300;-36.4 persen) pelanggan membeli kenderaan baharu.

Volkswagen_Assembly_Plant_Pekan45

Volkswagen Group mencatat sedikit pertumbuhan dalam penghantaran di rantau Asia dan mencapai angka jutaan buat pertama kali dalam suku pertama tahun, dengan penyerahan lebih 1.00 (0.98;+2.1 persen) juta kenderaan kepada pelanggan di sana, di mana sejumlah 898,400 (881,100; +2.0 persen) unit telah dihantar ke China, pasaran tunggal terbesar syarikat tersebut.

Volkswagen-Passat_2015_8 (2)

Rangka Pembangunan Jenama Kumpulan.

Kereta Penumpang jenama Volkswagen menghantar 1.48 (1.50;1.3 persen) juta kenderaan kepada pelanggan seluruh dunia dalam suku pertama 2015.

Golf-R-1

Jenama premium Audi menyerahkan lebih 438,200 (412,800) kenderaan dalam tiga bulan pertama tahun ini, satu peningkatan sebanyak 6.1 persen.

Audi-1

Pengeluar kereta sport Porsche menghantar sejumlah 51,100 (38,700) kenderaan, menyaksikan peningkatan sebanyak 32.2 persen berbanding tahun lalu.

porsche_911_gt3_13

Jenama Czech, ŠKODA, menghantar 265,100 (247,200) kenderaan dari bulan Januari hingga Mac, peningkatan sebanyak of 7.2 persen.

Vogue-Williams-skoda3

SEAT menyerahkan lebih 102,700 (93,400; +10.0 persen) kenderaan kepada pelanggan seluruh dunia dalam suku tahun pertama.

seat-leon-cupra

Kenderaan Komersial Volkswagenmenghantar 108,200 (103,200; +4.8 persen) kenderaan dalam jangkamasa yang sama.

Jenama MAN menghantar  22,100 (26,400; -16.4 persen) unit dari bulan Januari hingga Mac.

Jenama Sweden, Scania menghantar 17,500 (18,800; -7.1 persen) trak berat dan bas kepada pelanggan hingga bulan Mac.

 

 

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Sevyn Streeter 'How Bad Do You Want It (Oh Yeah) (Bang La Decks - Utopia)'

Next post

Pameran Volkswagen C Coupe GTE

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *