Berita Auto

Naza Primira Lancarkan Vespa Sprint Sporti Baharu

Sebagai pengganti Vespa S, Sprint mengekalkan banyak elemen vintaj yang estatik dan juga menyediakan kemudahan moden. Saddle hitam dengan aksen putih dan signature lampu depan berbentuk persegi adalah dua contoh bagaimana sebuah motor memberi penghormatan kepada model sebelumnya.

DSC03336

Sprint ini datang dengan enjin silinder tunggal 250cc yang sangat efisyen yang digerakkan oleh pusingan 4-stroke, menggunakan overhead cam tunggal dan suntikan bahan api elektronik.  Keseluruhannya unit moden, berupaya mendapatkan purata kelajuan pada 64km/l. Kecekapan ini kerana starter elektrik free-wheel baharu, kluc centrifugal kering, dan juga susun atur enjin dengan valve ekzos 2-intake-1, yang luarbiasa bagi motorsikal bersaiz kecil.

DSC03331

Ianya dilengkapi dengan rim aloi aluminium 12 inci, LED daytime running lights dan paparan digital pelbagai fungsi, dikombinasikan dengan penampilan vintaj dengan teknologi kini yang moden dan mudah.  Sebagai sebuah Vespa, banyak diberikan fokus untuk menjadikan motor ini menonjol.  Bagi mencapai ini, ia menawarkan pelbagai warna menarik seperti, Montebianco (putih), Rosso Dragon (merah), Grigio Titanio (kelabu), Blue Midnight (biru), kuning dan oren.

Sprint-Grigio-Titanio_003

Vespa Sprint ini berharga RM13,888 dengan harga akhir atas jalan RM15,617.13, termasuk GST.  Ia menawarkan 2 tahun/20,000km waranti pengeluaran, tetapu bukan itu saja.  Pemilik Vespa baharu yang mendaftar pembelian motor ini dari 1 April 2015 ke atas akan mendapat faedah selama setahun Khidmat Bantuan Vespa.  Vespa adalah jenama motor pertama yang menawarkan khidmat sebegini, yang akan bermula pada 10 April 2015 dan dilindungi oleh bantuan kerosakan 24/7, tunda, dan pembaikan kecil ditempat kejadian kepada pelanggan melalui sokongan AAM.

 

Previous post

Mercedes-Benz Mencatat Rekod Tertinggi Penjualan Sepanjang Bulan Mac

Next post

Promosi Jualan Khas untuk Ford

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *