Berita Auto

Mercedes-Benz Mencatat Rekod Tertinggi Penjualan Sepanjang Bulan Mac

Mercedes-Benz terus berjaya mencatat rekod prestasi penjualan kenderaan pada bulan Mac sebanyak 183,467. Sebelum ini pencapaian jualan tidak pernah menjangkau setinggi ini untuk sebulan. Semenjak awal tahun, 429,602 kenderaan dijual kepada pembeli manakala rekod tahun lepas adalah sebanyak 14.8%

15A224

Bulan lepas, Mercedes-Benz mencatat rekod penjualan baru di Eropah, dimana jualan meningkat sebanyak 16.3% untuk 89.041 kenderaan.

Di Asia Pasifik, jualan meningkat sebanyak 18.0% kepada satu rekod tinggi baru iaitu 54,206 kenderaan bulan lepas.

mercedes-benz_c-class

Sehingga akhir bulan Mac, CLA Shooting Brake melengkapkan kereta kompak bagi Mercedes-Benz. Lebih daripada empat juta pelanggan di seluruh dunia telah memilih A-Class, B-Class, CLA atau GLA sejak pelancaran kereta kompak pertama daripada Mercedes-Benz pada 1997. Kereta kompak terus mendapat populariti yang besar, yang mana membolehkan peningkatan jualan sebanyak 25.3% pada suku pertama tahun 2015 dan itu adalah satu rekod yang baru.

mercedes-benz_cla45

Gambaran Keseluruhan Jualan Kereta Mercedes-Benz

March 2015 % Perubahan Per March 2015 % Perubahan
Mercedes-Benz 183,467 +15.7 429,602 +14.8
Smart 11,984 +25.4 28,744 +22.7
Mercedes-Benz Cars 195,451 +16.3 458,346 +15.2
Jualan Mercedes-Benz di Pasaran
Europe 89,041 +16.3 187,284 +16.0
Germany 27,118 +6.2 60,115 +7.3
NAFTA 34,370 +9.1 88,738 +8.4
USA 29,921 +9.2 78,156 +7.6
Asia-Pacific 54,206 +18.0 138,467 +16.7
Japan 9,002 +3.6 18,776 +5.4
China 30,124 +20.8 78,183 +16.6

 

Previous post

Jeep Grand Cherokee Overland #LiveFree

Next post

Naza Primira Lancarkan Vespa Sprint Sporti Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *