Cerita Auto

Motosikal Bajet Berpenampilan Menarik Spesifikasi Eropah, Model Baru Dari Honda

Model CB125F adalah satu usaha Honda dalam menghasilkan motorsikal berkuasa rendah bagi memenuhi keperluan pasaran Eropah. Laporan terkini dari Sepanyol menyatakan bahawa motorsikal ini dianggarkan berharga di dalam 2499 Pound. Keputusan Honda untuk menggunakan tayar berukuran 18 inci yang mana lebih besar daripada kebiasaanya menjadikan motorsikal ini agak menarik bagi sesiapa yang pertama kali menunggangnya dan kepada sesiapa yang ingin mencari motorsikal yang berharga murah tetapi selesa.

cbf-6

Sebagai motorsikal yang lebih berorientasikan bajet, Panel Meter Hadlaju (Instrument cluster) mempamerkan lebih kepada fungsi berbanding reka bentuknya, tetapi ianya masih menarik walaupun kesemuanya berfungsi analog. Motorsikal ini juga kelihatan menarik kerana disertakan dengan Penunjuk Posisi Gear sebagai standard bagi memudahkan para penunggang yang pertama kali menunggang motorsikal.

cbf-3

Model CB125F ini menggunakan satu silinder, enjin 4-lejang sejukan udara beserta overhead cam yang mampu menjana hampir 11 kuasa kuda . Penjanakuasa yang kecil ini ternyata memberi peluang kepada Honda untuk menghasilkan sesuatu yang mempunyai kecekapan yang menakjubkan.

Dianggarkan bahawa di dalam beberapa keadaan, motorsikal CB125F ini boleh menjangkau sejauh 600 km jarak perjalanan dengan satu tangki minyak berisi 13 liter. Motorsikal ini juga dilengkapi dengan satu  brek cakera berukuran 240mm di bahagian hadapan bersama brek dram berukuran 130mm dipasangkan di bahagian belakang tayar. Kelengkapan-kelengkapan ini sememangnya adalah hebat untuk motorsikal bajet Honda CB125F, namun yang menjadi tumpuan penjualan sebenar motorsikal ini adalah penampilannya.

cbf-5

Previous post

2 Reka Bentuk Kia Optima Datang Dengan Lebih Matang

Next post

Honda Civic Generasi Ke 10 Diperkenalkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *