Cerita Auto

Monster Tajima Kemalangan di New Zealand

Untuk peminat lumba trek bukit, Pikes Peak adalah acara terunggul sebagai salah satu diantara pertandingan trekbukit antarabangsa yang terkenal dan paling mendapat sambutan di dunia. Tetapi ini tidak bermaksud ianya hanya mendaki bukit sahaja bagi mereka yang serius dalam pendakian. Monster Tajima adalah seorang daripada pesaing, yang paling diminati ramai sepanjang beberapa tahun ini.

Malangnya, lelaki hebat dari Jepun ini mengalami kemalangan semasa acara Race to the Sky di New Zealand. Kali ini, beliau berkerjasama dengan Toyota setelah bekerjasama dengan pelbagai pengeluar sepanjang penglibatannya dalam penglibatan ini. GoPro yang standard ini telah membuat penampilan kembali dan ianya terus mendapat perhatian dari banyak pihak.

Keretanya mengalami kegagalan aerodinamik, rear cowl dan wing terpisah dari badan kereta. Beliau hilang kawalan yang membuatkan keretanya terbabas ke kiri dan terus keluar dari trek melencong ke lereng bukit. Nasiblah keretanya tak jatuh ke bawah dan struktur roll-cage kereta itu yang membuatkanbeliau terselamat. Beberapa jam selepas itu, beliau telah menjalankan temu bual dengan gembira dan masih bersemangat.

Monster-Tajima-2-e1429701498617

Previous post

Penampilan Baharu Renault Fluence

Next post

General Motors Mungkin Akan Bawa Holden ke Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *