Cerita Auto

General Motors Mungkin Akan Bawa Holden ke Malaysia

Penutupan pengeluaran tempatan oleh General Motor di Australia,     yang dijadualkan pada 2017, mungkin akan membuka jalan untuk GM Korea mengambil alih produksi kenderaan yang kini dibuat di Australia untuk mengurangkan kos dan meningkatkan jualan di ASEAN.  Ini bermakna, model Holden yang terkenal ini mungkin akan diteruskan produksinya di Korea untuk rantau ASEAN.  Kereta Holden mungkin akan diperkenalkan semula di Malaysia dan negarNegaran dengan rekaannya masih dibuat di Australia.

holden-3

Cruze akan bantu GM Korean meransang kadar penggunaan kilang, tetapi masa depannya masih samar-samar.  GM Korean masih perlu bekejar untuk menggantikan kekurangan jumlah yang dikeluarkan di Eropah.  Faktor lain pula termasuk kos buruh tinggi, yang akan menyempitkan lagi prospek jangka panjang produksi tempatan.

holden-1

Namun yang belum pasti adalah samada GM Korea akan terus membuat Chevrolet Sonic, yang dijual sebagai Aveo di beberapa pasaran, apabila generasi baru diperkenalkan.  GM Korea mensasarkan untuk membantu perjuangan sendiri dengan menjual lebih banyak kereta tempatan.

holden-4

Chevrolet adalah jenama ketiga terbesar di Korea Selatan dibelakang Hyundai dan Kia, tetapi pelarasan ini juga termasuk model yang agak baru tiba: Cadillac.  Penjualan di jenama mewah, yang mengimport kenderaan mereka dari U.S meningkat 68% iaitu 504 unit di sepanjang tahun 2014.

holden-5

GM Korea menjangkakan peningkatan yang besar bagi tahun ini dari 10 produk yang diperkenalkan, termasuk nama plet baharu sepenuhnya, berwajah baru dan pilihan rangkaian kuasa baharu.  Ianya akan dimulakan dengan Spark yang dibaikpulih, akan akan memasuki produksi di sini pada pertengahan tahun ini untuk pasaran global, termasuk U.S.

holden-6

 

 

Throwback 1970

holden-kingswood-wagon-03

Kereta ayah saya tahun 1970 serupa yang ini, Holden Kingswood Station Wagon. Saya masih ingat  duduk dibelakang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Johor Bahru terpaksa menaiki banyak feri-feri untuk menyeberangi sungai-sungai. Perjalanan yang panas dan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Terasa siksanya.

 

 

Previous post

Monster Tajima Kemalangan di New Zealand

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini - Dj Shadow feat. Mos Def 'Six Days' The Remix

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *