Jejak Makan

Kedai Kopi Hai Peng @ Cukai Terengganu #JejakMakanRoss 010

Dah lama saya nak cuba yang ini. Masuk TV beberapa kali. Banyak bloggers buat liputan. Tetapi setiap kali saya pergi dia tutop.

IMG_7810

Kali ini saya agak mesti buka. Ianya bukan musim perayaan dan bukan hujung minggu. Perjalanan balik ke KL dari KT saya buat keputusan untuk mencuba nasib. Ianya hari Selasa dan jam 5 petang. Pasti buka dan ya ….. betul. Buka.

IMG_7812

Harapan saya agak tinggi untuk kedai ini. Semua orang kata best.  Jadi bila mencubanya saya agak kecewa. Saya terfikir, “biasa jer”.

Ianya tak semeriah gambar-gambar yang di paparkan oleh bloggers lain. Takda makanan dan kueh-kueh terhidang dan orang tak ramai. Sebaliknya ianya kosong dan suasana memang macam kedai kopi sebuah sleepy town.

IMG_7815

Sebab itu saya reset balik ekspektasi saya dan menilainya tanpa pengaruh mana mana pihak dan walah! Semuanya nampak cantik balik.

IMG_7822

Dengan itu … Kedai Kopi Hai Peng ini boleh tahan. Roti yang dia pakai roti ori kedai kopi tiam. Tebal dan lembut dan … dan … dia pakai butter bukan margarine. Tehnya memang rasa teh dan bukan rasa susu saja. Telur setengah masaknya memang setengah masak. Cuma dia bagi kita telur itu dalam kole air panas dan suruh kita tunggu 5 minit sebelum memecahnya. Lima minit. Jangan kurang. Kalau pecah kurang dari 5 minit ianya, well … cair.

Memang sesuai sebagai pit-stop antara KL dan KT.

 

Kedai Kopi Hai Peng (Hai Peng Kopitiam Sdn. Bhd.)
Add: K-3753, Jalan Sulaimani, 24000 Kemaman, Terengganu.
Tel/Fax: 09-8597810
Email: haipeng40s@yahoo.com

 

Gohed Gostan Rating:

three-stars

 

#RossEatBeat #JejakMakanRoss 010 dengan Waze: http://waze.to/lr/hw2c816vsc

 

 

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini - Dillon Francis & DJ Snake 'Get Low'

Next post

Hyundai Sime Darby Motors lancarkan Veloster Turbocharged

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *