Cerita Auto

Jualan Porsche Peringkat Global Meningkat 31.5% Dengan Penghantara Macan SUV

Porsche AG menghantar 20,222 kereta baharu seluruh dunia dalam bulan Mac 2015 dengan peningkatan sebanyak 31.5% dari tahun ke tahun.  Di antara bulan Januari dan Mac tahun ini sejumlah 51,102 buah kereta sport dua dan empat pintu telah dihantar kepada pelanggan – peningkatan lebih 32% berbanding suku tahun pertama 2014.

porsche_macan_1

 

“Dalam suku tahun pertama, kami telah menghantar lebih 50,000 kereta baharu untuk pertama kali, meneruskan kejayaan padatahun 2014.  Ini menandakan pertumbuhan yang terus kukuh”, kata Bernhard Maier, Member of the Executive Board Sales and Marketing of Porsche AG. “Model Macan telah melangkaui semua jangkaan kami sejak ia dilancarkan, dan kami telah menyerahkan sebanyak 62,644 kenderaan kepada pelanggan dalam masa hanya 12 bulan.  Lebih kuran tiga suku dari mereka adalah pelanggan baru, dan model SUV kompak telah mencapai target kumpulan muda secara purata dalam semua pasaan.”

porsche_macan_4

Model 911, Boxster, Cayman, Cayenne, Macan dan Panamera juga sangat popular di pasaran Eropah dengan jualan sebanyak 8,054 kenderaan – peningkatan lebih 53 persen.  Di Jerman, Porsche menghantar 2,929 kenderaan kepada pelanggan, petumbuhan hampir 51 persen dari tahun ke tahun.

porsche_macan_3

 

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Wiz Khalifa & Iggy Azalea 'Go Hard or Go Home'

Next post

Mercedes Pamerkan GLC Coupe

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *