Cerita Auto

Audi RS3 Sportback Bakal Tiba

Kuasa pecutan dan bunyinya yang hebat, – enjin lima silinder dari Audi ini adalah satu legenda.  Dengan output 270kW (367 hp) dan tork 465 Nm (343.0 Ib ft), Audi mempersembahkan RS3 Sportback baharu, kereta kompak paling berkuasa dalam segmen premium.  Dengan kehebatan kuasa enjin turbocharged lima silinder, model lima pintu ini boleh memecut dari 0 hingga 100km/j (62.1 mph) dalam masa hanya 4.3 saat, dan kelajuan tertinggi boleh naik hingga 280 km/j (174.0 mph), atas permintaan.

Audi-RS3-Sportback

Enjin 2.5 TFSI, pemenang pelbagai anugerah ini, menghasilkan 270 kW (367 hp) dan tork 465 Nm (343.0 Ib ft) untuk RS3 sportback baharu.  Enjin turbocharged ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.3 saat dengan kelajuan tertinggi boleh naik kepada 280 km/j (174.0 mph), atas permintaan.  Dalam NEDC, ianya menggunakan hanya 8.1 liter minyak untuk 100 km (29.0 US mpg), dengan emisi CO2 sebanyak 189 gram per kilometer (304.2 g/mi).

Audi-RS3_Sportback4

S tronic tujuh kelajuan, yang boleh ditukar dengan pantas berbanding model sebelumnya, mengkususkan kuasa 2.5 TFSI kepada sistem pemanduan empat pacuan Quattro.  Sistem Quattro menampilkan pemvektoran tork  berasaskan perisian pintar dan direka dengan teliti untuk keseronokkan pemanduan yang maksimum.  Audi RS3 Sportback baharu mengawal secara langsung ke selekoh.  Di atas permukaan jalanraya geseran rendah, pemandu boleh mengawal drifts, jika dikehendakki.

Audi-RS3_Sportback7

Badan kereta 25 mm (1.0 in) rendah.  Galas pangsi gandar depan, stereng yang progresif, suspensi sport RS-specific dan pilihan Audi magnetic ride adaptive damper control telah direka khusus untuk RS.  Audi memasang brek disc gentian karbon seramik dibelakang roda 19 inci pada bahagian depan gandar, atas permintaan – yang pertama dalam segmen premium kompak.

Audi-RS3_Sportback2

Pakej sepenuhnya Audi RS3 Sportback disudahkan dengan rekaan dalaman dan luaran yang tajam dan pelbagai peralatan lain.  Model baharu dalam barisan A3 akan tiba ke pengedar pada pertengahan 2015.

Penghantaran model ini dijadualkan bermula pertengahan 2015.  Model terdahulu telah pun menjadi produk terlaris; Audi menjangkakan RS3 Sportback baharu ini juga akan mencapai kejayaan yang sama.  Dengan model ini, Quattro GmbH, anak syarikat berprestasi tinggi yang tlah membangunkan dan membina sporty spearhead dalam portfolio produk AUDI AG, kini mempunyai tujuh model RS dalam pasaran – RS3 Sportback, RS Q3 dan RS4 Avant serta RS5 Coupé, RS5 Cabriolet, RS6 Avant dan RS7 Sportback.

Audi-RS3_Sportback1

 

 

Previous post

Mercedes Pamerkan GLC Coupe

Next post

Lexus ES dan RX 200 T Baharu Dipamerkan di Auto Shanghai

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *