Cerita Auto

Volkswagen Polo Dengan 0% Kadar Faedah dan 0 Pembayaran Muka Daripada RM999 Sebulan

Mungkin anda telah bekerja pekerjaan pertama anda untuk beberapa ketika dan baru saja terima kenaikan gaji, cukup-cukup untuk mampu untuk mendapatkan pelan ansuran tinggi. Atau mungkin anda mencari kereta baru untuk anak anda yang baru saja dapat lesen kereta.  Selain dari model kereta Jepun dan Korea yang standard untuk dipilih, Volkswagen mempunyai rangkaian Polo baru yang menawarkan kejuruteraan dari Jerman pada harga yang berpatutan.

Tetapi buat seketika, Polo mulai menjadi lebih mampu milik.  Volkswagen Malaysia menawarkan pembiayaan bagi model Polo bermula pada 21 Februari melalui kempen ‘Polo Goes Zero’.  Polo dan Polo Sedan boleh didapati pada sifar faedah dan sifar pembayaran pendahuluan dari RM999 sebulan selama 7 tahun.

Volkswagen-Polo-Hatchback1

Kemuncak kempen ‘Polo Goes Zero’ akan diadakan di Karnival Bukit Jalil dari 6-8 Mac 2015, memberikan pelanggan di Malaysia peluang untuk uji pandu model Volkswagen Polo pilihan mereka.  Pelawat yang datang ke carnival tersebut boleh juga membuat tempahan dan mengikuti latihan keselamatan ‘Volkswagen Experience Drive’.

Volkswagen Polo 1.6 dan Polo Sedan mempunyai 3 ciri-ciri utama: empat tingkap automatic dengan fungsi anti-pinch, transmisi auto enam-kelajuan, dan Intelligent Crash Response System (ICRS), yang akan secara automatik mengunci semua pintu, menutup kuasa ke pam minyak, dan menghidupkan lampu hazard apabila bag udara dilancarkan atau regangan talipinggang keselamatan berlaku.  Kedua model Polo datang dalam 5 warna berbeza, Candy White, Flash Red, Pepper Grey, Reflex Silver dan Deep Black.

Polo 1.6 dan Polo Sedan berharga RM89,888 dan RM91,888.  Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my

2162_VGW_15-Polo-1.6-Tactical_Sun-26x18cm-D4-1

Previous post

Audi S3 Cabrio MTM Untuk Geneva

Next post

Honda Civic Type R Model 2015 Butiran & Gambar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *