Berita Auto

Volkswagen Passat adalah ‘Kereta Tahun 2015’ Eropah

‘Kereta Tahun 2015’ Eropah adalah Volkswagen: Passat baharu memenangi anugerah berprestij ini, yang dipersembahkan setiap tahun oleh juri antarabangsa ‘Kereta Tahun ini’.  Pemenangnya telah diumumkan pada petang sebelum Geneva International Motor Show diadakan.

Volkswagen-Passat_2015_7 Salah satu diantara anugerah tertua dan paling dikenali di Eropah, ‘Kereta Tahun ini’ telah memberi penghormatan kepada kereta baharu terbaik dalam industri kereta setiap tahun sejak tahun 1964.  Para juri yang terdiri dari 58 wartawan dari 22 negara di Eropah, telah mencalonkan tujuh calon sebelum peringkat akhir. Volkswagen-Passat_2015_6 Dalam beberapa sebelumnya, calon-calon ini telah melalui ujian terperinci, perbandingan dan penilaian berdasarkan pada kriteria seperti ekonomi, keselamatan, karekteristik pemanduan, fungsi, rekaan dan kemajuan teknikal.  Dalam pertandingan tradisi edisi ke 52 ini, Passat baharu jelas meninggalkan enam saingannya pada peringkat akhir dengan jumlah markah sebanyak 340 mata. Volkswagen-Passat_2015_5 Dua buah model Volkswagen yang ada kini telah pun menerima anugerah sebelum ini, iaitu Polo dalam tahun 2010 dan Golf pada tahun 2013.  Selain dari memenangi ‘Golden Steering Wheel 2014’ dan ‘Auto Trophy 2014’, kedudukan teratas sebagai ‘Kereta Tahun Ini’ telah didahului dengan beberapa anugerah di dalam dan luar Negara. Volkswagen-Passat_2015_8 Passat baharu, dalam versi keseluruhannya, adalah salah satu dari kereta kelas pertengahan paling berjaya di dunia dan dengan 1.1 juta unit (dalam tahun 2014), salah satu siri yang paling tinggi jumlahnya dari Volkswagen Group seluruh dunia. Kini dengan generasi ke-8, kereta paling laris ini dianggap sebagai antara kereta paling inovatif dalam kelasnya.  Terima kasih kepada kaedah kejuruteraannya yang maju, yang membolehkan untuk memperkenalkan rekaan dinamik yang tersendiri (termasuk badan yang rendah, wheelbase yang panjang, roda yang besar). Volkswagen-Passat_2015_4 Walaupun panjangnya tidak diubah dalam dimensi dalaman, Passat baru masih berkembang dengan ketara. Dalam masa yang sama teknologi terkini telah ditambah: termasuk sistem seperti Active Info Display (kluster intrumen digital sepenuhnya), paparan head-up yang diperluaskan dan juga sistem berasaskan aplikasi – Rear Seat Entertainment untuk tablet, Front Assist dengan City Emergency Brake dan Pedestrian Monitoring dan juga tiga lagi sistem yang pertama di dunia: Emergency Assist (kenderaan berhenti semasa kecemasan), Trailer Assist (membantu mengemudi dengan trailer) dan Traffic Jam Assist. Volkswagen-Passat_2015_3 Passat baharu boleh didapati dengan enjin petrol turbocharge sepuluh suntikan secara langsung dan diesel yang merangkumi rangkaian kuasa dari 88 kW / 120 PS kepada 206 kW / 280 PS. Volkswagen-Passat_2015_2 Volkswagen-Passat_2015_1

Previous post

Goodyear Tunjukkan Dua Konsep Tayar

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Ed Sheeran 'Sing'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *