Cerita Auto

Goodyear Tunjukkan Dua Konsep Tayar

Goodyear baru saja mendedahkan dua konsep tayar baharu di Geneva Motor Show 2015, dan mereka akan menjangkau lebih dari hanya menyediakan titik hubungan dengan atas jalan.

“Konsep tayar ini mengemas kini semula konsep untuk peranan yang bakal dimainkan oleh tayar pada masa depan,” kata Ketua Pegawai Teknikal Goodyear, Joe Zekoski dalam kenyataannya.  Beliau juga berkata syarikat berharap produk mereka kemudiannya akan lebih berintegrasi sepenuhnya dalam rekaan kenderaan.

goodyear-concept-tires_2

Konsep futuristik tayar pertama dipanggil BH03, dan mungkin namanya tiak berapa menarik, tetapi tayar tersebut ternyata mempunyai keupayaan hebat.  Goodyear berkata ianya boleh menghasilkan elektrik menggunakan kepanasan dengan mencipta lenturan dibawah situasi pemanduan biasa.  Tkenologi ini berpotensi untuk digunakan kepada kereta elektrik dan hybrid, dengan memberikan sumber tambahan elektrik untuk menambah baik kecekapan.

Konsep baharu kedua Goodyear dipanggil Triple Tube.  Ia diberi nama sebegitu kerana didalamnya terdapat tiga tiub yang membolehkan ianya berubah bentuk bergantung kepada situasi.  Tiub terletak di bawah bunga tayar yang berhampiran pusat tayar dan dalam dan luar bahu. Pam Dalam mod ‘Eco/Safety’, ketiga-tiga tiub akan mengembung sepenuhnya untuk menurunkan ketahanan putaran, sementara hanya tiub di tengah saja yang akan mengepam dalam ‘Wet Traction’ untuk mengurangkan peluang untuk akuasatah.  Sebagai tambahan, posisi ‘sporti’ menambahkan udara pada tiub dalam untuk meningkatkan lekap tampalan dan memberikan lebih cengkaman.

Sepertimana konsep kereta yang hebat, kesemua tayar ini tidak akan dikeluarkan.  Ianya hanyalah alat untuk Goodyear menunjukkan kemampuan mereka berinovasi, dan untuk pemandu merenung masa depan penjanaan elektrik, pengalihan getah.

goodyear-concept-tires_1

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Joe Flizzow - Apa Khabar ft. SonaOne

Next post

Volkswagen Passat adalah ‘Kereta Tahun 2015’ Eropah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *