Berita Auto

Toyota Mirai Kembalikan Semula Kebanggaan Toyota

Toyota Mirai meraikan ulangtahun pertama mereka minggu ini.  Ini merupakan kenderaan paling berteknologi tinggi dari Toyota, dan sebuah kereta yang bergerak menggunakan hidrogen dan melepaskan hanya air.  Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda, memilih tarikh 24 Feb. sempena permulaan produksi sedan bahan sel Mirai bersebab.  Tepat lima tahun lalu, Toyoda telah dihadapkan pada panel kongres U.S. dan  diasak dengan persoalan tentang kecuaian pecutan syarikatnya yang ditarik balik.  Bagi Presiden Toyoda, kereta futuristik  mesra alam ini melambangkan kelahiran semula Toyota dari krisis yang melanda dan kembali ke akar dalam pemerhatian terhadap kualiti dan semangat perintis.

“Bagi kami, tarikh ini menandakan permulaan baru,” kata Toyoda di majlis barisan kereta bahan sel itu.  “ Ini bukan untuk mencerminkan masa lalu tetapi untuk meraikan permulaan baru Toyota, di mana kami mengambil langkah baru menuju masa depan.

Toyota-mirai-production-03Model Mirai dipasang pada kadar perlahan di bengkel studio yang sama di kilang Motomachi Toyota  yang telah menghasilkan kereta sport Lexus LFA.  Tim yang terpilih yang terdiri dari hanya 13 pekerja menghasilkan hanya tiga buah kereta sehari.  Namun begitu, Toyota sedang meningkatkan rancangan pengeluaran mereka.  Dikatakan dalam bulan Januari, kini mampu mengeluarkan 2,000 buah kereta setahun dalam tahun 2016 dan 3,000 buah dalam tahun 2017.  Semasa Toyota memperkenalkan kereta ini dalam bulan November, pegawai eksekutif berkata mereka akan mencapai penjualan terkumpul sebanyak 3,000 buah pada akhir tahun 2017.  Syarikat itu merancang untuk menghasilkan hanya 700 buah untuk tahun 2015, untuk penjualan di Jepun, Eropah dan U.S.

Toyota-mirai-production-01Penjualan di Eropah dan U.S. akan bermula pada akhir tahun ini.  Di U.S., Toyota akan menjual Mirai pada harga USD57,500; insentif dari Persekutuan dan California sebanyak USD13,000 akan merendahkan harga pada pengguna.  Mirai akan mula dijual di Jepun pada 15 Disember, dan Toyota menerima 1,500 tempahan pada 22 Januari.  Pada kadar pengeluaran tiga buah kereta sehari, ianya telah memastikan tempahan untuk setahun.

Toyota-mirai-production

Previous post

Land Rover Defender Konsep Menuju Realiti

Next post

Wajah Baru Volvo S60 & Ciri-Ciri Façade Yang Segar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *