Cerita Auto

Polo Akan Diberi Wajah Baru, Penampilan ‘Golf-ier’

Semasa Volkswagen Werkstour berlangsung, kami dapat melihat wajah baru versi CKD Polo hatch

polo-1Perubahan ketara pada estetik kereta adalah seperti berikut:

  • Lampu depan jelas ditukar pada varian ‘smoked’ dengan sisipan gelap
  • Gril atas mempunyai satu jalur krom dari dua jalur, lebih serupa dengan Golf dari Jeta yang sedia ada
  • Gril bawah kini dengan slat mendatar dan trim krom, perumah baharu untuk lampu kabus
  • Bumper belakang dengan reflektor
  • Trim pada ruang dalam lebih berkualiti premium

polo-3

Kami masih menunggu tarikh rasmi keluaran Polo baharu, tetapi pengumuman berkenaannya tidak lama lagi.  Armin Keller, Pengarah Urusan, menyatakan hasrat VW untuk mengekalkan harga jualan kereta itu dengan mengurangkan kos.  Walaupun beralih dari mengekspot tayar, rim ‘Riverside’, misalnya, tidak akan dinaik taraf.  Apabila ditanya tentang perubahan pada tayar, Mr. Keller menyatakan bahawa pertukaran kepada tayar Goodyear buatan tempatan adalah hanya rutin pertukaran pembekaln, satu tindakan yang biasa dilakukan.

Beberapa model berwajah baharu ini telah pun dalam peringkat pemasangan sewaktu model dipamerkan, jadi kita boleh menjangkakan kereta ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.

polo-2

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Nidji – ‘Biarlah’

Next post

Jaguar-Land Rover - Menggoda Dengan XF & Range Rover Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *