Gaya Hidup

Peluang Masih Terbuka Untuk Memenangi KIA Cerato 2.0 Dalam Jelajah KIA 2015 – Kini Di SetiaCity Mall, Setia Alam

Jelajah KIA kini menjelajah ke Setia City Mall, Setia Alam Selangor untuk mencari pemenang bertuah bagi hadiah utamanya, sebuah Cerato 2.0.

Dalam kenyataannya, Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, Pengedar Rasmi kenderaan KIA di Malaysia, mengumumkan, pelanggan yang membuat tempahan atau memandu uji kenderaan KIA dalam siri jelajah berkenaan di Setia City Mall, Setia Alam dari 1 April hingga 5 April 2015 masih berpeluang memenangi sebuah Cerato 2.0 sebagai hadiah utama.

Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar, dalam satu kenyataan berkata, “Jelajah KIA tahun ini memberi peluang kepada penggemar-penggemar KIA dari segenap lapisan masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat produk-produk KIA yang kini berada di pasaran seperti KIA Cerato, Picanto, Rio, Optima K5, Sorento dan Sportage”.

Selain daripada menempah atau memandu uji kenderaan KIA pada Jelajah KIA berkenaan, pelanggan-pelanggan turut berpeluang mendapat tawaran-tawaran istimewa yang telah disediakan.

Siri Jelajah KIA 2015 yang telah bermula di Kuantan, Pahang, dua minggu lalu akan berlangsung di beberapa pusat membeli belah terkemuka seluruh Malaysia sepanjang tahun ini.

Jelajah Kia seterusnya akan diadakan secara serentak dari 3 hingga 5 April 2015 di Alor Star Mall, Amanjaya Mall Sungai Petani, dan Kota Bharu Mall. Ia diikuti dengan di City Square Johor Bahru (24 hingga 26 April 2015), AEON Ipoh Station 18 (28 April hingga 3 Mei 2015), 1 Utama Shopping Centre Bandar Utama (13 hingga 17 Mei 2015), The Spring Mall Kuching (22 hingga 24 Mei 2015) dan AEON Tebrau City Shopping Centre (26 hingga 31 Mei 2015).

Orang ramai dijemput datang beramai-ramai untuk memandu uji kenderaan-kenderaan KIA yang ditawarkan disamping berpeluang memenangi hadiah utama yang telah disediakan.

Previous post

Hari Pertama Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix 2015 ™ Melihat Keluarga Teruja Menikmati F1 ™ Tidak Pernah Seperti Sebelumnya

Next post

Ford Lancarkan Everest Serba Baharu di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *