Cerita Auto

Lotus Exige S Vlub Racer diDedahkan

Bagi mereka yang belum tahu, Lotus adalah syarikat yang mengeluarkan kereta atas jalan yang mengambil contoh citarasa berada dalam sebuah kereta lumba. Kereta keluaran mereka lebih ringan dan minimal, juga agresif dan ciri-ciri ketajaman yang kita cari dalam kereta yang baik.

Exige S adalah model Lotus yang paling berkesan, dengan chasis-tub aluminium ringan dan komposit badan yang diperbaharui secara aerodinamik.  Enjin 3.5 liter supercharged V6 memberikan prestasi cemerlang, pengalaman kawalan pemanduan yang tulen dengan kombinasi masa pecutan 4.0 saat 0-62mph (0-100km sejam) dan kelajuan tertinggi 274 km/sejam (170mph).  Tetapi jika anda mencari yang lebih agresif, mungkin Exige S Club Racer baharu mungkin sesuai dengan anda.

Exige S Club Racer menduduki nic penting diantara rangkaian Exige yang baru-baru ini buat pertama kalinya dipratonton di Geneva Motor Show dan akan dipertunjukkan di Elise 220 Cup dan Evora 400 yang bakal diadakan.

Boleh didapati hanya dalam model coupe, kereta ini mempunyai 42 kg aerodinamik downforce pada 100mph (160km/sejam), dengan pemecah depan, sayap belakang dan bahagian bawah rata, kesemuanya menyumbang kepada prestasi luar biasa dan kawalan seimbang.

Pada berat 1161kg, ianya lebih ringan 15 kg berbanding dengan Exige S, kerana bateri baharu yang ringan, konsol pusat yang ringan dalam warna badan, pintu yang ringan dan tempat duduk kulit atau Alvcantra sport yang ringan dengan jahitan berkod.  Cengkaman ambang gelincir (setting‘Pandu’, ‘Sport’ dan ‘Lumba’) membolehkan pemandu meningkatkan kawalan kenderaan sebelum intervensi diperlukan boleh diperbetulkan melalui suis pilih-pemandu yang kini dipasang sebagai standard dalam kenderaan itu.  Kedua-dua setting ‘sport’ dan ‘lumba’ menaikkan tindakbalas pendikit.

Exige S Club Racer boleh di dapati dalam warna pilihan Metallic White, Exige Orange, Metallic Yellow and Matt Black.  Pemecah depan, sayap belakang, akses panel depan, panel bumbung, cermin sayap dan ambang belakang dalam warna matt black.  Club Racer yang dilekat di atas papan pemuka dan tempat duduk dan diluar, atas sisi indikator mengenalpasti edisi khas bagi rangkaian Exige.

Lotus Exige S Club Racer kini dijual dengan MSRP sebanyak £56,900.  Edisi sempena ulangtahun ke 20 ini juga diberi penghawa dingin dan sistem hiburan sebagai kos pilihan, manakala cat matt black dan dua-keping brek juga pilihan tambahan.

lotus-exige-cup

Spesifikasi:

Setiap Lotus Exige S Club Racer akan mempunyai ciri-ciri standard seperti berikut:

* Konsol pusat ringan mengikut warna badan kereta

* Kulit, atau Alcantara (tanpa kos), pilihan tempat duduk sport ringan

* Jahitan warna berkod pada tempat duduk dan kad pintu

* Gegelung tenpat duduk dengan warna berkod

* Stereng ‘sport’

* Cengkaman ambang gelincir (setting ‘Pandu’, ‘Sport’ dan ‘Lumba’)

* Bateri ringan

* Pek trim ruang dalam dengan warna matt black

Pilihan 4 warna luaran – Exige Orange, Metallic White, Metallic Yellow, Matt Black

Pelekat Exige S CR di luar dan atas dashboard stereo blanking-plate

 

Previous post

Kia Dedahkan Sedikit Maklumat Optima Baharu Sebelum Pendedahan Sepenuhnya.

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Nidji – ‘Biarlah’

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *