Berita Auto

Kia Dedahkan Sedikit Maklumat Optima Baharu Sebelum Pendedahan Sepenuhnya.

Optima baharu dari Kia akan dipamerkan di New York International Auto Show pada 1 April.  Pembuat kereta dari Korea ini amat teruja dengan kereta flagship sedan baharu mereka ini. Hari ini, mereka mengeluarkan prebiu kereta ini.

kia-0

Imej yang dikeluarkan menunjukkan Optima pada peringkat awal rekaan.  Seperti yang dijangka, bahagian depannya sama dengan wagon Sportspace yang baru dilancarkan yang berkongsi platfom yang sama, tetapi terdapat perbezaan kecil.

  •  ‘Tiger nose’ Optima ini mengekalkan gril berbentuk berlian, manakala Sportswagon menampilkan plasti berkilat. Projektor lampu depan Dual-HID bulat berbanding quad-LED bersudut.
  • Lampu kabus, walaupun menarik dan futuristic, tidak sesuai dengan tema.

Untuk rujukan, ini adalah konsep Sportspace:

kia-2

Optima baharu terdapat spy shots dengan penetapan lampu yang berbeza, jadi lebih tunggu hingga didedahkan sepenuhnya dari membuat spekulasi rupa Kia baharu ini.

Pendedahan yang menarik adalah bahagian belakangnya, yang nampaknya mengekalkan elemen coupe dan sloping roffline yang sedia ada.  Tidak mungkin pintu tanpa bingkai ini akan ada pada Optima baharu walaupun prebiu mencadangkannya dan trend ini telah menjadi popular kini.

kia-3

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Meghan Trainor 'All About That Bass'

Next post

Lotus Exige S Vlub Racer diDedahkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *