Gaya Hidup

Harga Petrol, Diesel Naik 25 Sen Seliter Bagi Mac

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Harga petrol dan diesel bagi bulan Mac naik 25 sen seliter mulai tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit baharu bagi petrol RON95 ditetapkan RM1.95 seliter, RON97 RM2.25 seliter dan diesel RM1.95 seliter.

Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata harga itu ditetapkan berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang Februari 2015 dan kadar pertukaran mata wang.

“Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya,” kata Hasan.

Menteri itu turut mengingatkan semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak supaya mematuhi penetapan harga baharu ini.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan berhubung harga baharu yang ditetapkan kerajaan,” tambahnya.

— BERNAMA

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Limp Bizkit 'Rollin'

Next post

Hyundai Motorsport dah bersedia untuk #MexicanFiesta! Anda bagaimana?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *