Berita Auto

Volkswagen Golf R Variant : Kuasa Besar Yang Praktikal Yang Kita Tidak Akan Dapat?

Pada mereka yang suka wagon selalunya tergolong dalam dua kumpulan: mereka yang menilai wagon sebagai kenyataan praktikal, dan mereka yang melihat wagon sebagai sesuatu yang sporti dan cool.  Imej sporti yang berkait dengan wagon adalah dari hasil versi wagon yang dikeluarkan oleh Volvo dan Audi dengan model yang berkuasa tinggi dan seterusnya penampilan ini merubah pemikiran bahawa wagon juga boleh lebih pantas – bukan saja kenderaan untuk ibu-ibu.

Golf-R-Variant-5

Dalam rekaan modular dan produksi dunia kini, tidak sukar untuk mengeluarkan kereta dengan gaya reka bentuk badan yang pelbagai – terutamanya apabila kebanyakan platform boleh menerima hampir semua enjin di keseluruhan rangkaian keluaran syarikat.  Varian Golf adalah versi wagon dari platform Golf, skim nama yang digunapakai oleh Volkswagen akhir-akhir ini.  Dan pada mereka yang tidak tahu lagi tentang Golf R ini, ianya adalah kenderaan pacuan empat roda berkuasa tinggi 300hp, direka untuk bertempur dengan hot-hatchback pada kelajuan tinggi.

Golf-R-Variant-4

Jika digabungkan keduanya, anda akan mendapat Golf R Variant.  Ianya mengambil rangkaian kuasa, 300hp, dan dipasang dalam stail rekabentuk badan wagon yang memang ditunggu oleh penggemar.  Kerja-kerja tambahan dibuat untuk meningkatkan chasis, dengan kerja-kerja suspension dan tuning yang dioptimumkan untuk badan yang agak berat dan lebih panjang keseluruhannya.  Biasanya wagon tidak sepantas hatchback di litar, tetapi memiliki stabiliti semulajadi yang platform MQB berikan.

Dan faedah memiliki bentuk badan wagon jelas terlihat.  Ruang kaki tidak jauh beza dari hatchback, tetapi lebih besar ruang boot untuk memuatkan bag dan barang barang lain – menjadikan kereta ini sebagai kenderaan keluarga yang sempurna.  Keseluruhannya menjanjikan perjalanan percutian yang menyeronokkan dan masih selesa untuk kegunaan harian.  Sukar untuk menyangkal kehebatan Golf R Variant.

Golf-R-Variant-3 (1)

Jualan pendahuluan Varian Golf R Variant telah bermula di luar Negara – mungkin kereta ini tidak akan sampai ke sini.  Cadangan projek import Passat wagon telah dibatalkan tahun lepas, mungkin kerana kurang permintaan.  Pasaran kita masih belum cukup matang untuk menerima idea kereta keluarga yang pantas, atau sedan keluarga dan MPV dan SUV.  Walaupun wagon ditawarkan pada harga berpatutan juga tidak menerima perhatian ramai. Maka mudah untuk melihat kenapa Volkswagen Malaysia tidak akan menawarkan model ini.

Golf-R-Variant-1

Previous post

Yamaha YZF-R25, Motor Sport Kompak - Throwback May 2014

Next post

Proton: Kami Mengambil Langkah-Langkah Yang Perlu Dan Ingin Menggesa Orang Ramai Supaya Tidak Membuat Spekulasi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *