Gaya Hidup

Tawaran Hebat Toyota Untuk Sambutan Tahun Baru Cina

Dengan musim perayaan tidak lama lagi, UMW Toyota Motor telah memulakan kempen jualan Tahun Baru Cina dan pelanggan digesa untuk melawat bilik pameran Toyota di seluruh negara untuk melihat dengan sendiri segala tawaran yang ada.

Pada tahun ini, Toyota telah membuat beberapa penambahbaikan kepada barisan model. Semua varian Toyota Vios termasuk Vios E dan Vios J kini mempunyai Push Start Button dengan Smart Entry dan Start System. Toyota Hilux dengan penambahan ciri ciri baru juga boleh didapati dalam varian TRD Sportivo untuk 2.5G dan 3.0G automatik.

Untuk menyambut tahun yang penuh bermakna daripada Kambing, pelanggan berpeluang menikmati “Ang Pow” khas dari Toyota yang menawarkan tawaran yang menarik bagi model Vios, Camry, Hilux atau Altis. Cepat rebutlah peluang yang menarik ini untuk mengalami tawaran hebat dan dapatkan model Toyota yang anda inginkan Tahun Baru Cina ini. Tawaran hanya sah sementara stok masih ada!

Untuk pertanyaan, sila hubungi 1-800-8-TOYOTA (1-800-8-869682). Maklumat lanjut boleh didapati di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara atau di www.toyota.com.my. Tertakluk kepada Terma dan syarat.

Previous post

Review Ringkas Hyundai Sonata Model 2015

Next post

Tim Pengembaraan Ford Lanun Darat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *