Gaya Hidup

Ferrari Testarossa 1991 Dilelong Dengan Harga Pecah Rekod £ 202,500

Silverstone Auctions  memulakan tahun dengan kukuh, mencapai tidak kurang daripada lima harga rekod dunia, kadar jualan sebanyak 78 peratus dan jumlah jualan sebanyak £ 3.62 juta dalam jualan di Race Retro hujung minggu lalu.

unnamed

Gambar hiasan. Sebuah Testarossa yang saya nampak di sebuah workshop di KL.

Ferrari klasik kekal sebagai kereta permintaan tinggi, dengan dua buah kereta oleh jenama ini mencapai rekod dunia di pembukaan lelong berprestij ini.  Testarossa tahun 1991 bermileage yang amat rendah siap dengan lima keping set bagasi Ferrari yang dijual dengan merangkumi premium sebanyak £ 202,500, £ 72,500 melebihi anggaran yang lebih rendah dan harga rekod dunia baru.

Yang jarang ada dan yang amat dicari 456M tahun 1999, dengan bermeter hanya 400 batu dan hanya satu pemilik sebelumnya, telah dibeli dengan harga memecahkan satu lagi rekod £ 118,125. Sebuah  Ferrari Mondial T tahun 1991, segar dari kilang, dijual  dengan harga £ 59,625, memecahkan rekod dunia lain.

Salah satu yang paling menyerlah dijualan kereta ini ialah Alfa Romeo SZ tahun 1991. Menarik minat mereka di sana ditalian dan melalui telefon, model yang jarang dengan hanya 808 km pada odometer berjaya meraih jumlah harga rekod dunia £ 84, 938; £ 30, 000 melebihi anggaran terendah.

Porsche 911 2.4S tahun 1973 yang paling diimpikan dengan fail sejarah yang menyeluruh dijual dengan harga £ 114.750, £ 20,000 lebih daripada anggaran yang paling rendah sebanyak £ 90,000. Dengan permintaan Targas yang semakin meningkat, kereta ini memberi peluang pelaburan yang menarik untuk pengumpul. Yang ini di Malaysia banyak rakan–rakan saya ada bina semula sendiri dan memang betul bole buat duit. Harganya lagi lama lagi mahal.

testa1

Gambar hiasan. Di sebuah worksop di KL. Kepada Tuan yang punya: Salute!

Mengulas mengenai jualan itu, Pengarah Urusan Silverstone Auctions, Nick Whale berkata: “Ini adalah satu lagi set keputusan besar untuk vendor-vendor kami dan memberi pandangan yang cerah dan memberangsangkan untuk tahun akan datang.”

Salah satu lot yang paling unik yang dijual adalah  Volkswagen Type 2 Samba Microbus tahun 1955 yang berjaya meraih harga £ 67,500. Ianya adalah Type 2 Samba yang pertama diimport ke UK dan merupakan sebahagian penting sejarah Volkswagen. Samba ini telah dibaikpulihkan dengan sempurna dan dipercayai adalah satu-satunya contoh binaan Wolfsburg yang masih ada yang telah diimport ke UK.

Beberapa motosikal bersejarah turut dipersembahkan, dengan Triumph ‘Thruxton’ Bonneville 1965 yang amat jarang  memecahkan rekod dunia kelima jualan itu, mencapai harga yang mengagumkan, £ 21, 938.

13 kereta lumba telah dijual di jualan ini, dengan salah satu model yang paling menarik yang ditawarkan merupakan   Aston Martin Vantage GT2 Casis 007 2010. Dijual dengan harga yang mengkagumkan, £ 105,750. Model tersebut ialah pemenang perlumbaan sokongan Le Mans oleh Villois Racing untuk pemandu Filippi dan Lavio. Ia juga bertanding dalam enam pusingan siri GT Terbuka, dengan Guerrrero memenangi perlumbaan Pro-Am di Brands Hatch.

 

Previous post

3 Lebuhraya Dianggap Litar?

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Limp Bizkit 'Rollin'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *