Gaya Hidup

Ferrari Melancarkan Model Turbocharged Baharu

Dengan pengeluaran Eropah yang ketat dan syarat2 kecekapan yang dikenakan, banyak pengeluar beralih kepada aruhan paksaan untuk mengeluarkan kereta yang memenuhi piawaian yang ketat. Aruhan paksaan, sekurang-kurangnya yang moden, memang diketahui meningkatkan kecekapan dan membakar bahan api lebih sepenuhnya, dengan faedah tambahan dalam peningkatan prestasi.  Terdapat beberapa kontroversi diantara syarikat yang menggunakan cycle-beating untuk melepasi peraturan tersebut, tetapi hasilnya masih kelihatan – aruhan paksaan memberi faedah keseluruhannya.

488-GTB-2

Ferrari baharu 488 GTB 3902 cc V8 turbo merupakan yang tertinggi dalam kelasnya untuk output kuasa, tork dan jangkamasa tindakbalas, menjadikannya benchmark baru untuk senibina seperti ini. Enjinya melepaskan 670hp pada 8,000 rpm dengan maksimum tork 760 Nm dalam gear ketujuh dan masa tindakbalas kepada pecutan hanya 0.8 saat pada 2,000 rpm.  Angka ini sudah cukup untuk membolehkan Ferrari 488 GTB untuk memecut dari 0-200 km/sejam dalam masa menakjubkan iaitu 8.3 saat dan, kombinasi dengan inovasi radikal yang diperkenalkan pada semua aspek prestasi kereta, pusingan di litar Fiorani hanya dalam masa 1’23’.

488-GTB-4

LED tail light yang bulat juga telah direka semula.  Dalam kabin pula, intergrasi lancar cluster kawalan satelit baharu, aliran udara bersudut dan panel instrument menyerlahkan lagi citarasa kokpit ini dibuat mengikut pemandunya.  Kebolehgunaan adalah perkataan utama untuk rekaannya, membawa kepada suasana sporti yang ekstrem dan langsung tidak ada kompromi dengan keselesaan.

488-GTB-5

Secara ringkas, 488 GTB baharu ini rekaan semula 458, diperbaharui sepenuhnya dari segi aerodinamik dan sistem pintar, tetapi yang lebih penting enjin 3.9 liter turbo-kembar V8 yang menghasilkan 660 hp.  Ianya sangat hebat dan akan menjadi sangat popular dan ianya patut melepasi standard emisi dan kecekapan Eropah dengan cemerlang.

488-GTB-3

Previous post

Perodua Tweckbot Kembali Untuk Tahun Kambing

Next post

Penghasilan Kuasa Enjin Ford Fiesta ST-1.6L EcoBoost®

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *