Gaya Hidup

Bugatti Veyron Habis Di jual

Volkswagen Group telah pun menjual Bugatti Veyron terakhir, yang ke 450  menandakan berakhirnya satu daripada supercars paling eksklusif yang pernah dibina. Veyron last ini dipanggil La Finale dan adalah versi open top Grand Sport Vitesse yang menjana 1,200 hp dari enjin supercharge. Kereta ini akan dipamerkan minggu depan di pameran Geneva Auto Show.

450 Veyrons telah dijual dengan harga purata kira-kira 2.3 juta euro (USD2.6 juta) setiap satu. Veyron mencatat rekod industri bukan hanya untuk kelajuannya, tetapi juga untuk kerugiannya. Menurut anggaran dari Max Warburton, seorang penganalisis yang berpangkalan di Singapura untuk Sanford Bernstein Ltd, VW hilang 4.6 juta € dengan setiap Veyron yang dijual dan hilang 1.7 billion € dengan jumlah keseluruhan kos pembangunan dan penjualannya.

Bugatti-Veyron-16_4-3

Selepas membeli Bugatti itu pada tahun 1998, Volkswagen telah menghidupkan semula pembuat kereta ini, yang pada asalnya diasaskan oleh pereka Ettore Bugatti. Matlamatnya adalah untuk membangunkan kenderaan yang cukup kuat untuk memacu lebih cepat daripada 400 kilometer per jam (249 mph) dan juga bergaya dan cukup selesa untuk ke persembahan opera. Veyron yang pertama adalah pada tahun 2005.

Veyron terakhir ini telah dibeli oleh seorang pelanggan yang tidak dikenali dari Timur Tengah. Sepanjang pengeluaran, kira-kira separuh daripada kereta ini telah dijual di Eropah, dengan kira-kira satu perempat dihantar ke Amerika Syarikat, menurut Bugatti.

Bugatti-Veyron-16_4-2

Previous post

Prebiu Toyota Harrier Model 2015 @ Naza World

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini - Paul van Dyk 'For An Angel'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *