Konsep / Lakaran / Intipan

Apple Rancang Untuk Mencabar TESLA dengan Kereta Elektriknya Sendiri

Apple sedang menghasilkan kenderaan elektrik, menurut mereka yang biasa dengan perkara ini, menunjukkan bahawa gergasi untuk pengguna-elektronik terbuka untuk melangkah di luar fokus lumayan peranti mudah alih mereka.  Apple telah meletakkan beberapa ratus pekerja untuk terlibat dalam projek rahsia ini, menurut salah seorang dari mereka, yang meminta supaya namanya tidak didedahkan kerana informasi ini adalah rahsia.

Apple selalu menguji idea yang tidak dikeluarkan, dan usaha kerja ini mungkin tidak membawa kepada syarikat memperkenalkan sebuah automobile, tambah beliau.  Projek ini diberi nama kod Titan dan rekaan kenderaan menyamai sebuah van mini.  Beberapa pegawai eksekutif dari Apple telah diterbangkan ke Austria untuk memenuhi kontrak pengilang kereta mewah, menurut laporan, memetik dari mereka yang biasa dengan perkara ini.

Apple sudah pun mempunyai teknologi yang boleh digunakan untuk kereta elektrik dan pakar yang berpengalaman untuk menguruskan rangkaian bekalan yang luas. Syarikat itu mempunyai kaijan teknologi bateri yang digunakan untuk iPhone, iPads dan Macs.  Sistem mapping diperkenalkan dalam tahun 2012 dan boleh digunakan untuk navigasi.

Tahun lepas, Apple juga memperkenalkan CarPlay, sistem perisian yang berintergrasi dengan iTunes, mapping, messaging dan aplikasi lain untuk digunakan oleh pembikin auto.  Apple telah berusaha membangunkan idea penghasilan kereta bertahu lamanya.  Phil Schiller, Timbalan Presiden Kanan Pemasaran Apple, berkata dalam testimoninya di mahkamah pada tahun 2012, bahawa para eksekutif telah berbincang pembinaan kereta sebelum mereka mengeluarkan iPhone pada tahun 2007.

Mickey Drexler, salah seorang dari ahli lembaga pengarah Apple dan Ketua J Crew Group, juga berkata dalam tahun 2012, pengasas bersama Apple, Steve Jobs memang mahu membina kereta.  Wakil dari Apple, berpengkalan di Cupertino, California, enggan memberi komen.

apple-electric-car2

Previous post

Masa Tidak Rasmi Testing Hari Kedua (Jumaat) Di Barcelona

Next post

Suzuki Akan Meningkatkan Rangkaian Keluaran Eropah Dengan 2 Model Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

1 Comment

  1. 05/01/2020 at 12:58 pm — Reply

    Hey there! I know this is somewhat off topic but I was wondering which blog platform are you using for this website?

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *