Berita Auto

Volkswagen Menghantar 6 Juta Kereta Pada Tahun 2014

“Jenama Kereta Penumpang Wolkswagen menutup pencapaian 10 tahun dengan rekod penghantaran baharu, meletakkan 6 juta buat pertama kali dalam tempoh 12 bulan.  Ini bermakna kami telah menggandakan penghantaran jenama kami sejak 2004,” komen Christian Klingler, ahli lembaga pengarah untuk Penjualan dan Pemasaran untuk Kumpulan Volkswagen dan jenama Kereta Penumpang Volkswagen di Wolfsburg pada Jumaat lalu.  Syarikat itu menyerahkan 6.12* juta kenderaan kepada pelanggan dari bulan Januari hingga Disember 2014.  Jenama itu menghantar 529,500 unit (Disember 2013: 542,300; 2.4 persen) dalam bulan Disember.  “ Kami menjangkakan cabaran suasana pasaran yang kini akan berterusan dalam tahun 2015.  Namun begitu, kami percaya bahawa kami telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran cabaran ini dengan produk baharu seperti Passat atau model terkenal antarabangsa dengan memenangi pelbagai anugerah, Golf,” tambah Klingler lagi.

Jenama Kereta Penumpang Volkswagen menghantar 1.68 (1.64;+2.8 persen) juta kenderaan dalam keseluruhan pasaran Eropah pada tahun 2014, dimana sebanyak 858,300 (811,800;+5.7 persen) telah diserahkan kepada pelanggan di Eropah Barat (tidak termasuk German).  Penghantaran pasaran German juga meningkat, dengan 578,400 (560,100;+3.3 persen) pelanggan memilikki model baharu di sana.  Kereta Penumpang Volkswagen menghantar 244,700 (263,300; -7.1 persen) kenderaan di Tengah and Timur Eropah dalam 12 bulan hingga Disember.  128,100 (156,300; -18.0 persen) unit telah diserahkan kepada pelanggan di Russia.

Kereta Penumpang Volkswagen menghantar 586,700 (622,300; -5.7 persen) unit di kawasan Amerika Utara tahun lepas, dimana 367,000 (407,700; -10.0 persen) telah diserahkan dari bulan Januari hingga Disember menurun kepada 662,600 (804,300; -17.6 persen) unit, di mana 541,700 (623,800; -13.2 persen) telah diserahkan kepada pelanggan di Brazil.

Sebaliknya, penghantaran di kawasan Asia Pasifik meningkat 9.0 persen dari bulan Januari hingga Disember 2014, dengan jenama ini menyerahkan lebih 2.97 (2.73) juta kenderaan kepada pelanggan di sana.  2.76 (2.51;10.0 persen) juta kenderaan telah dihantar ke Cina (termasuk Hong Kong) dalam sepanjang tempoh yang sama.

vw

 

Previous post

Mercedes-Benz S63 AMG Coupe Dikuasakan Oleh G-Power

Next post

David Guetta Berangan Jadi Pelumba Formula 1

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *