Berita Auto

Toyota Masih Syarikat Kereta No. 1 Bagi Tahun 2014

Toyota Motor Corp. telah mempertahankan Mahkota 2013 sebagai pembikin automotif terbesar di dunia untuk satu tahun lagi dalam tahun 2014.  Toyota telah menjual 10.23 juta buah kenderaan seluruh dunia untuk berada di hadapan dari saingan sengit yang diberikan oleh Volkswagen Group yang secara agresif cuba mengejar kedudukan nombor 1 pada tahun lepas.  Namun begitu Toyota juga meramalkan penjualan mereka pada tahun 2015 akan jatuh sebanyak 1% kepada 10.15 juta buah kenderaan atas sebab seba permintaan perlahan di Jepun dan kemunculan pasaran baru.

Toyota-Mirai-FCV-3

Buat pertama kalinya penjualan kenderaan mereka menurun sejak tahun 2011, apabilan pembikin auto Jepun menghadapi bencana gempa bumi dan Tsunami yang menggencatkan produksi dan penjualan.

Penjualan Toyota termasuk penghantaran daripada syarikat subsidiri Daihatsu kereta-mini dan ahli gabungan Hino pembikin-trak, meningkat  3% kepada 10.23 juta buah kenderaan dalam tahun 2014.  Jumlah dagangan Toyota melebihi 10 juta unit buat pertama kalinya. Jumlah ini mengenepikan penjualan sebanyak 10.14 juta kenderaan oleh VW, yang juga telah melangkau angka 10 juta unit buat pertama kalinya dalam tahun 2014.  General Motor Co., pembikin auto U.S yang terbesar, mendudukki tempat   ke-3 untuk penjualan tahun lepas dengan jumlah dagangan global meningkat 2% kepada 9.92 juta buah kenderaan.

toyota-hilux-black-edition-01

Previous post

Perodua Tawar Bantuan Untuk Mangsa Banjir di Sarawak

Next post

Penjualan Lotus Meningkat ke 54%

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *