Berita Auto

Penjualan Lotus Meningkat ke 54%

Pengumuman penjualan keseluruhan meningkat ke 54% dalam tempoh 9 bulan memberikan bukti kukuh bahawa strategi kehadapan yang dibangunkan oleh Lotus Cars menjadi.  Dalam terma volume, peningkatan sebanyak 551 buah kereta dalam tempoh tahun sebelumnya menjadikan total sebanyak 1,565, adalah hasil yang cemerlang untuk pembikin kereta sport British ini.

Lotus telah memperluaskan dan mengukuhkan perwakilannya secara global dengan 25 pengedar baharu di sejumlah kawasan dalam tempoh sembilan bulan ini, dengan 50 pengedar baharu menyertai Lotus pada akhir tahun 2015.

Jean-Marc Gales, CEO, Group Lotus plc, berkata, “Peningkatan penjualan kami dan perluasan pengedar menjadi seperti yang rancangkan dan menunjukkan keyakinan pelanggan kami ke atas Lotus.  Penerimaan positif ke atas semua kereta Lotus baharu kami dalam pemasaran baru maupun yang sudah bertapak menunjukkan strategi pembangunan produk kami menuju kea rah yang betul.”

Lotus mendedahkan kereta baharu yang menerujakan di Pameran Motor Antarabangsa Geneva yang penting pada awal March 2015.  Produk itu akan mengekalkan keutamaannya yang ringan, prestasi tinggi dan pemanduan yang halus yang gabungkan dalam satu pakej menarik.

Model paling terkini Elise S Cup sudah pun mencipta tajuk utama dan komen seperti “…kereta sport paling hebat tidak kira berapa harganya” dan “pemanduan paling menyeronokkan”,  adalah diantara kewajaran yang diraih di atas usaha di Hethel; dan itu hanya untuk versi model yang sedia ada… pendedahan di Geneva akan menghasilkan lebih lagi untuk model baharu itu.

Permintaan kereta Lotus di China dan Jepun terus meningkat dan laporan pasaran dalam diam yakin model baharu yang akan didedahkan di Geneva akan memacu jumlah penjualan di USA, Eropah, Timur Tengah dan Asia pada margin yang memuaskan.

lotus-elise-s-cup_1

Previous post

Toyota Masih Syarikat Kereta No. 1 Bagi Tahun 2014

Next post

Adui. Pilihan Pilihan. Yang Mana Satu Ni?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *