Gaya Hidup

Sistem Predictive Cruise Control Bakal Tiba.

Honda akan memperkenalkan sistem predictive cruise control pertama di dunia yang dikenali sebagai Intelligent Adaptive Cruise Control (i-ACC), berkeupayaan untuk menjangka dan memberi tindak balas secara automatik kepada kenderaan lain yang memotong masuk ke lorong dimana kenderaan itu berada.

Berdasarkan penyelidikan dunia yang menyeluruh berkenaan gaya pemanduan biasa orang Eropah, i-ACC Honda menggunakan kamera dan radar untuk mengesan posisi kenderaan lain di atas jalan.  Ia kemudian menggunakan satu algoritma untuk meramalkan kemungkinan kenderaan di lorong sebelah akan memotong dengan menilai hubungan antara pelbagai kenderaan bagi membolehkan kenderaan yang berada di lorong itu untuk bertindak balas dengan cepat, selamat dan selesa.

i-ACC akan muncul buat pertama kali tahun ini pada CR-V* Eropah baharu, dibina menggunakan sistem Adaptive Cruise Control (ACC) tradisional. Sistem ACC tradisional menyimpan halaju membujur yang diprapilih, yang hanya dikurangkan untuk mengekalkan jarak yang selamat dengan kereta di hadapan. Namun begitu, sekiranya kenderaan memotong masuk dari lorong sebelah, sistem ACC tradisional akan bertindakbalas agak lambat, oleh itu ianya memerlukan tenaga membrek yang kuat.

Sistem i-ACC baru ini mampu untuk mengira kemungkinan ada kenderaan lain akan memotong masuk sehingga lima saat sebelum ia berlaku, dan oleh itu ianya direka untuk bertindak balas dengan lancar supaya tidak mengejutkan pemandu, yang mungkin belum sedar akan berlaku pemotongan ini.  Dalam kes ini, sistem tersebut akan menggunakan brek ringan pada mulanya, dengan satu ikon terpapar pada paparan pemandu, untuk memberitahu pemandu mengapa berlakunya penurunan kelajuan.  Ianya kemudian terus mengaplikasikan brek yang lebih kuat untuk menyesuaikan dengan halaju untuk pastikan jarak yang selamat.  Dr. Kleinehagenbrock, orang yang bertanggungjawab untuk i-ACC di Honda R&D Eropah GmbH berkata, “i-ACC akan membawa sistem cruise control ke satu tahap yang baru, menawarkan apa yang kami panggil ‘ ramalan keselamatan’ “

i-ACC mengenali lorong yang dipandu anda samada di UK atau di Benua dan secara automatik akan mengesan yang mana satu kenderaan di lorong bersebelahan yang lebih kritikal untuk diberi perhatian pada bila bila masa saja.

i-ACC adalah hasil dari projek bahagian Penyelidikan dan Pembangunan yang dilakukan oleh Kumpulan Honda Antarabangsa di Eropah dan Jepun, terutamanya direka untuk jalan di Eropah.  Kajian tentang tingkahlaku pemandu untuk membina algoritma dikendalikan diseluruh Eropah.

Honda-CR-V-ASEAN-interior

Previous post

Renault Kadjar SUV Akan Dilancarkan di Geneva

Next post

McLaren 12C Edisi Can-Am Di Sepang F1 Circuit

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *