Berita Auto

SEPANG Akan Menawarkan Keseronokan Keluarga Di Hujung Minggu FORMULA 1

Peminat F1 dan keluarga mereka akan dapat menikmati keseronokan bukan sahaja di trek semasa edisi ke-17 FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mac 2015.

Tema ‘Pengalaman F1 Yang Belum Pernah Dirasai’, akan mengubah aktiviti standard yang ditawarkan sebelum ini di litar dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk generasi muda dan juga yang berhati muda, menjadikannya hiburan satu keluarga.  Pelawat akan melihat Sepang, sebuah  litar lumba bertaraf dunia, diubah menjadi kawasan hiburan terbesar yang dikenali sebagai ‘F1 Karnival’

F1-20141

Kemeriahan semakin dirasakan dengan kemunculan semula Honda.

Konsert selepas perlumbaan yang akan menampilkan pemenang anugerah Grammy, Lenny Kravitz sebagai penghibur utama yang akan dibuka secara percuma kepada semua pemegang tiket termasuk yang berharga RM80.

Peminat boleh membeli tiket mereka dengan melawat Pusat Khidmat Pelanggan SIC di litar, online di www.sepangcircuit.com atau dengan menghubungi TIKET HOTLINE di 603-8778 2222.  Peminat boleh juga melawat gerai promosi SIC yang kini terletak di NU Sentral.

F1-20143

Previous post

Nissan X-Trail Dilancarkan

Next post

BMW Group Malaysia Kekalkan Kedudukan No. 1 Dalam Segmen Automotif Premium di Malaysia untuk Tahun 2014

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *