Cerita Auto

Lexus NX 200t Terima Faedah Dari Enjin Turbocharged 2.0 Liter Baharu

Lexus melangkau masa depan tanpa sempadan dan memperkenalkan enjin berkuasa tinggi baharu.  Model Lexus NX 200t Sport akan menjadi kenderaan pertama dari Lexus yang dilengkapi dengan enjin turbocharged 2.0 liter baharu yang akan membolehkan kenderaan itu melalui pebagai jenis cabaran urban yang dihadapi antara kereta dan destinasi terakhirnya.

Enjin petrol turbocharge 2.0 liter yang dibangunkan sendiri di kilang mereka menghasilkan suntikan secara langsung dengan kuasa 235bhp, antara 4,800 dan 5,600 rpm, dengan tork maksimum 350Nm yang menghasilkan 1,650 rpm.  Jumlah kombinasi pusingan yang sah untuk emisi CO2 dan  penggunaan bahan api adalah 183 g/km dan 35.8 mpg.  Unit 1998cc dipasang pada transmisi automatik 6-kelajuan baharu dengan Sistem Mod Pilihan Pemanduan.  Kestabilan selekoh dan traction dimaksimumkan, terima kasih kepada sistem Kawalan Pemanduan Semua-Pacuan Dinamik Tork.

Rekabentuk luaran NX 200t Sport memberi penampilan sporti bila melihat pada garisan edgy pada badan kereta.  Mempunyai jeriji spindle yang besar dengan paten mesh termasuk Lexus F-motif dan bumper yang dalam dengan lapisan metalik pada bahagianbawah.  Juga, cemin pintu warna hitam dan F Sport 10 inci, aloi 10-spoke yang mempunyai 2 tona hitam dan machined silver menampakkan lagi kekuasaan tersendiri NX baharu.  Ditambah lagi dengan roda bertayar 225/60R 18.  Lampu depan yang halus dan beam tinggi dan rendah LED menyudahkan tona model baharu Lexus ini.

Terdapat 8 pilihan warna, termasuk Sonic White baharu, plus Sonic Titanium, Mercury Grey, Satin Silver, Celestial Black, Mesa Red, Ultra Blue dan Velvet Black.

Lexus NX 200t 2015 akan dilancarkan tidak lama lagi dan anda boleh membuat tempahan hari ini.

lexus-nx-200t-f-sport-engine

Previous post

UMW Perkenalkan Pelincir Grantt Yang  Diperbaharui

Next post

Inilah Rupa Kereta Tim F1 Williams 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *