Cerita Auto

Ford Catat Rekod Dengan Jualan Bulanan Dan Suku Tahunan 2014 yang Terbaik di Malaysia

  • Jualan runcit keseluruhan meningkat sebanyak 31 peratus untuk mencatat rekod 13,938 unit, dipacu oleh permintaan kukuh terhadap model Ranger dan Fiesta.
  • Ford merangka pelan pengembangan, komited untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan dan pemilikan kenderaannya.

Ford hari ini mengumumkan bahawa angka jualan yang kukuh terhadap seluruh rangkaian modelnya di Malaysia telah membantu meningkatkan jualan runcit tahun 2014 sebanyak 31 peratus, sekali gus mencatat rekod jualan penuh tahunan terbaik dengan 13,938 unit.

Ford menamatkan tahun lalu dengan jualan Disember melonjak sebanyak 51 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu apabila mencatat rekod jualan bulanan 1,432 unit. Ini menjadikannya suku tahunan terbaik dengan jualan runcit meningkat sebanyak 22 peratus kepada 3,721 unit.

“Ketika momentum terus meningkat, kami telah meluaskan tarikan kepada para pelanggan yang baru dengan jenama Ford ke seluruh negara. Ini membolehkan kami mencatat rekod jualan tahunan yang memberangsangkan secara berturut-turut,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman.

“Menerusi setiap kenderaan global Ford yang diperkenalkan, kami berpeluang untuk memberi khidmat kepada para pelanggan dalam pelbagai cara yang menarik dan penuh makna. Inisiatif ini nyata membantu membawa jenama Ford ke tahap yang lebih tinggi di Malaysia,” tambah Westerman.

Transit Launch in July 2014

Trak pikap Ranger yang versatil mengakhiri tahun 2014 sebagai trak pikap kedua terlaris di Malaysia dengan jualan penuh tahunan cukup memberangsangkan, meningkat sebanyak 49 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu kepada 8,577 unit. Ini termasuklah prestasi bulanan terbaik pada Disember, apabila jualannya melonjak sehingga 69 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu kepada 996 unit.

Ranger menawarkan pakej keselamatan yang tiada tandingannya di pasaran Malaysia. Ranger dilengkapi ciri Electronic Stability Programme (ESP) pada semua varian. Di samping cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak pada semua varian Wildtrak, XLT dan XL Double Cab.

“Dengan tarikannya yang merangkumi kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur hinggalah ke laluan berbukit di Kota Kinabalu, Ranger telah mendefinsikan semula pasaran trak pikap di Malaysia melalui penampilannya sebagai sebuah trak yang sesuai untuk tugas berat, rugged dan kenderaan yang mesra bagi kegunaan seisi keluarga. Selesa dan berkuasa, pada masa yang sama halus buatannya dan berkemampuan tinggi, para pelanggan kami memang sukakan versatiliti Ford Ranger.”

Ranger - the best selling nameplate at 8577 units in 2014

Ford Fiesta yang sporty juga menunjukkan prestasi kukuh jualan terbaiknya untuk tahun 2014 dengan peningkatan jualan sebanyak 25 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu kepada 3,119 unit. Permintaan memberangsangkan terhadap Fiesta disumbang oleh varian enjin 1.0L EcoBoost yang telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Enjin itu menawarkan kombinasi prestasi, penjimatan bahan api dan tahap emisi yang mendahului kelasnya.

Ford turut mengembangkan rangkaian model Fiesta menerusi penambahan varian berprestasi tinggi, Fiesta ST. Ia merupakan sebuah kereta kompak yang berani, serta menawarkan kuasa sebenar dan pemanduan responsif.

New Fiesta ST preview at Asia Klasika

SUV kompak urban EcoSport yang dilancarkan pada separuh kedua 2014 turut menyumbang jualan sebanyak 353 unit. EcoSport sememangnya membantu mendefinisikan satu segmen kenderaan yang serba baharu di Malaysia.

EcoSport menggabungkan praktikaliti sebuah kereta kompak dengan kelincahan sebuah SUV. Ia juga menawarkan pakej kualiti, keselamatan, penjimatan bahan api dan nilai yang mendahului segmennya.

SUV kuga yang penuh gaya pula menyaksikan jualan keseluruhannya mencecah 882 unit pada tahun 2014. Sementara jualan Focus yang sarat dengan teknologi menyumbang sebanyak 939 unit kepada rekod jualan Ford untuk tahun 2014.

Ford EcoSport launched end of August 2014

Ford turut menonjolkan kewujudannya dalam segmen kenderaan komersial dengan memulakan program pemasangan tempatan van Transit. Selain pelancaran rasmi rangkaian sembilan Pusat Kenderaan Komersial (CV) yang berperanan memenuhi keperluan jualan dan selepas jualan para pelanggan komersial.

Pengembangan Rangkaian dan Peningkatkan Kualiti Khidmat Pelanggan

Bagi menyokong jumlah pelanggan yang bertambah dengan pantas, Ford dan rakannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan terus meningkatkan pengalaman pelanggan dan pemilikan kenderaan Ford pada tahun 2015.

Ini termasuklah pelaburan SDAC sebanyak RM140 juta untuk dua tahun akan datang yang melibatkan penambahan tiga pengedar baharu Ford bagi melengkapkan lagi rangkaian sedia ada yang terdiri daripada 49 cawangan pengedaran.

Pengedar sedia ada akan terus dinaik taraf kepada standard global 3S Ford yang merangkumi perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung.

 

“Pelaburan yang berterusan ke atas kemudahan-kemudahan baharu akan membolehkan kami menawarkan para pelanggan Ford dengan pengalaman jualan dan selepas jualan yang tiada tandingannya ke seluruh negara,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Lee Eu San.

Lebih banyak cawangan Quick Lane juga akan dibuka pada tahun 2015 bagi menambah sembilan outlet yang telah dibuka pada tahun 2014, demi menawarkan pelanggan servis yang pantas, mudah dan berkualiti tinggi.

Pembukaan Pusat Pembaikan Pelanggaran Sime Darby Motors, pelanjutan tempoh operasi SDAC di Petaling Jaya dan satu lagi pusat servis di Petaling Jaya pasti dapat meningkatkan kapasiti servis serta memenuhi permintaan yang kian meningkat.

“Kami komited untuk melangkah lebih jauh pada tahun 2015. Ia akan dilaksanakan menerusi pelancaran lebih banyak kenderaan global Ford, meningkatkan pengalaman pelanggan dan pemilikan, serta menjadikan  jenama Ford lebih mudah diakses oleh para pelanggan kami di seluruh negara,” kata Westerman.

Quick Lane was launched early December 2014

 

Previous post

Famous Ilham Nasi Kukus #JejakMakanRoss 006

Next post

Mercedes-Benz S63 AMG Coupe Dikuasakan Oleh G-Power

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *