Autonomi

Bosch Mempamerkan Kereta Berautonomi Di CES 2015

Nampaknya kenderaan berautonomi semakin menjadi trend untuk CES 2015.  Kehadiran kenderaan berautonomi Audi dan Mercedes di pentas dunia kini diikuti pula oleh Bosch dengan interprestasinya yang tersendiri.  Bosch dikenali untuk alatan spark plugs dan power tools, tetapi mereka banyak melabur dalam pembangunan dan penghasilan sistem keselamatan untuk kereta penumpang.

Bosch-CES-2

Bosch mengeluarkan rangkaian radar, video ultrasonic sensors yang luas: peralatan ini disambung dengan unit kawalan pusat untuk memberikan rujukan visual untuk kereta tertentu.  Sensor memberikan maklumat seperti penglihatan kita tetapi dalam semua arah.  Sistem ini akan menentukan arah dituju dan berapa cepat atau perlahan kereta itu patut melakukan pertukaran arah dengan menilai suasana sekitar. Aplikasi semasa menyasarkan untuk kawalan trafik kelajuan rendah dan kesesakan lalu lintas atau untuk parkir.

Bosch-CES-1

Di Jerman saja, sehingga 72 peratus daripada semua perlanggaran belakang menyebabkan kecederaan boleh dielakkan jika semua kereta telah dipasang dengan sistem ramalan brek kecemasan Bosch. Pemanduyang menggunakan bantuan kesesakan trafik Bosch juga boleh tiba ke destinasi mereka dengan selamat dan dengan tekanan yang minimum.  Pada kelajuan hingga 60 km sejam, bantuan akan membrek secara automatik dalam keadaan kesesakan trafik, memecut dan memastikan kereta dilaluannya.

Bosch-CES-3

Pengenalan sistem stering berkuasa elektrik (dan seterusnya dikemudi oleh wayar) membolehkan satu sistem untuk ambil alih stereng juga – sesuatu yang sebelum ini tidak mungkin berlaku dengan unit stereng berkuasa hidraulik.  Tapia pa yang lebih penting dari sistem stering adalah sistem braking – dan Bosch menyediakan ini juga.   Sistem brek iBooster direka untuk berkerja sendiri sistem ESP dan lebih 3 kali lebih pantas dan lebih progresif secara semulajadi.  Jika sistem ini meramalkan situasi merbahaya, Ibooster akan menjalankan tugasnya untuk memberhentikan kereta tepat Bosch akan memperkenalkan sistem ini pada Jeep Cherokee untuk CES, tetapi dikatakan mereka akan mula membina pakej dahulu untuk kereta kontinental yang dipilih semasa fasa awal pengeluaran.  Keupayaan untuk naik taraf sistem ini mungkin akan menjadi popular dikalangan pengguna – terutamanya pada mereka yang terperangkap dalam perjalanan jauh yang hanya perlukan input tenaga manusia yang minimal, tetapi masih perlukan sistem yang boleh mengawal kelajuan rendah.

Bosch-CES-4

Secara adil ini bukanlah satu teknologi yang baharu sepenuhnya.  Varian terakhir Volvo S80 telah dilengkapi dengan kawalan cruise berasaskan radar, keselamatan dalam bandar dan sistem Indicator Blind Spot.  Kombinasi ini menyamai pengalaman pemanduan berautonomi, di mana pemandu hanya perlu mengawal sistem stering.  Kereta Volvo ini mampu membrek secara efektif dan mengekalkan jarak ke trafik di hadapan dengan sendirinya, manakala sistem kawalan stabil akan memastikan kereta berada dalam laluannya.  Sistem yang dibina Bosch secara efektif dapat mengisi kekosongan ini dan mengikat komponen komponen ini menjadi penyelesaian yang bermakna.

Previous post

BMW 650i Terima Pengolahan dari M&D

Next post

Toyota Vios Diperbaharui Bagi Tahun 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *