Berita Auto

Volkswagen EA888 TSI Dalam Senarai 10 Enjin Terbaik WardsAuto.

Volkswagen EA888 dengan enjin 1.8 liter empat-silinder TSI® telah disenaraikan dalam ’10 Enjin Terbaik 2015’ oleh Majalah WardsAuto. Model Golf 1.8T Volkswagen baharu dengan turbocharge dan enjin suntikan langsung telah dipilih antara 37 pesaing lain, dan berjaya memenanginya buat kali kedua berturut-turut dengan ouput tork, nilai dan penjimatan bahan api yang luar biasa.  Generasi terbaru enjin EA888 diperkenalkan pada tahun 2014 pada model Jetta, Passat dan Beetle.

“Volkswagen 1.8 liter TSI empat silinder adalah enjin hebat untuk kereta kompak yang berkemampuan tinggi dan mampu milik,” kata Tom Murphy, pengarang Eksekutif, majalah WardsAuto World. “Dalam model Golf baru ini, empat-turbo memberikan lebih tork daripada model Jetta yag lebih berat tahun lepas.  Lebih tork dalam harga yang lebih rendah yang selalunya pada 33mpg (7.1 L/100 km) dalam uji pandu kami? Mengekalkan enjin ini dalam senarai kami memang tidak perlu diragukan lagi.”

Audi-A3a

“Menerima pengiktirafan dalam senarai 10 Enjin Terbaik WardsAuto bagi 2 tahun berturut-turut adalah pengesahan kukuh terhadap formula kuasa Volskwagen yang tiada tandingannya, nilai dan penjimatan bahan api  dalam enjin EA888,” kata Joerg Sommer, Timbalan Presiden , Pemasaran Produk dan Strategi, Volkswagen Amerika.  “Enjin 1.8 liter pintar meletakkan standard yang tinggi dalam pasaran dan perbezaan unik prestasi dan keupayaan model Golf, Passat, Jetta dan Beetle.”

Pemasangan yang dibina sendiri di kilang enjin di Silao, Mexico, enjin 1.8 liter model EA888 direka untuk lebih ringan dan lebih efisyen dari enjin 2.5 liter lima silinder sebelum ini, dan memberikan lebih kuasa dan tork.

volkswagenbeetle-1

Enjin 1.8 liter dalam model Golf TSI baharu ini mampu memberikan penjimatan bahan api pada anggaran EPA bagi lebuhraya sebanyak 37 mpg bagi model transmisi manual, iaitu lebih 6 mpg atau 20 persen lebih tinggi dari enjin 2.5 liter sebelum ini.  Pada berat 290 paun, enij baharu ini lebih ringan dari unit lima silinder, namun mampu menghasilkan 170 kuasa kuda pada 4,500 rpm, maksimum output yang sama dengan enjin yang diganti.  Ia juga menawarkan peningkatan kemuncak tork pada 200 kaki-paun pada 1,600 rpm.

Pengaran WardsAuto menilai enjin dalam masa dua bulan ujipandu bagi senarai tahunan ‘10Enjin Terbaik’.  Enjin dipilih mengikut jumlah kriteria objektif dan subjektif dalam situasi pemanduan seharian, termasuk kuasa:tahap tork, bunyi bising, getaran dan kekerasan (NVH); kemampuan; pemanduan; dan jumlah asas lain.  Kelayakan enjin mesti sepenuhnya baharu atau perubahan yang sangat ketara dan boleh didapati dalam pengeluaran kenderaan hingga suku pertama tahun 2015.  Setiap enjin bertanding dengan  enjin2 yang lain.

vw-jetta

Previous post

SsangYong ‘Tivoli’ SUV Kompak akan Muncul

Next post

SUV Ford 1.5L Ecosport Titanium Serba Baru.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *