Cerita Auto

Thai Motor Expo 2014 Menyaksikan Prebiu Global Mazda2 SKYACTIV

Bulan ini para pembeli kereta dari Thailand akan berpeluang membeli kereta Mazda2 baru yang dikuasakan oleh enjinSKYACTIV generasi baru.  Lebih kurang sama dengan versi kecil rangkaian model Mazda baru, Mazda2 sedan ini bersaing secara langsung dengan Nissan Almera yang agak lamadan VW Polo sedan yang ada dipasaran kini.  Dengan rekaan yang lebih baik, teknologi enjin dan lebih banyak ciri-ciri dari saingannya yang ada dipasaran kini, Mazda2 sedan baru ini sudah pasti akan meraih jualan tinggi sebaik saja dilancarkan di Malaysia.  Mazda2 kompak sedan ini datang dengan rekabentuk yang maskulin dan berani, berkualiti tinggi, reka dalaman yang sporti dan kombinasi prestasi pemanduan cemerlang dan prestasi keselamatan dan penjagaan alam sekitar  yang hebat.   Kedua-dua model sedan dan hatchback mempamerkan enjin diesel bersih small-displacement yang baru dibangunkan iaitu SKYACTIV –D 1.5.

dsfP2070017

Mazda2 baru ini adalah model ke empat daripada rangkaian kenderaan  generasi baru yang menggunakan teknologi SKYACTIV sepenuhnya dan tema rekaan KODO Soul of Motion.  Kesemua teknologi baru dan idea yang dipupuk sepanjang pembangunan kenderaan generasi baru ini sejak pengeluaran CX-5 telah dimasukkan ke dalam badan kompak model ini.  Dengan ciri-ciri seperti sistem Mazda Connect advanced car connectivity, Mazda2 menawarkan kefungsian dan nilai yang melebihi segmen standard.  Model ini telah menerima pencapaian tertinggi, termasuk telah dianugerahkan Car of the Year Japan 2014-2015 pada Oktober 2014.

Mazda2 adalah kereta Mazda yang mendapat jualan tertinggi di Thailand dengan lebih kurang 120,000 unit dijual sejak model ini berada dipasaran Thailand dalam bulan Januari 2010.  Mazda2 baru ini telah mendapat pengesahan untuk fasa kedua bagi program Kereta-Eco Thailand, dan dengan pelancaran tempatan model baru ini, Mazda bermatlamat untuk mengukuhkan lagi bisnes mereka di Negara itu.

dsfP2070033

Previous post

Jeep Grand Cherokee Baru Kini Di Malaysia. Dari RM449k

Next post

Mercedes Benz E 400 HYBRID Menyaksikan Penjimatan Bahan Api Tapi Kuasa Masih Hebat

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *