Cerita Auto

Mercedes Benz E 400 HYBRID Menyaksikan Penjimatan Bahan Api Tapi Kuasa Masih Hebat

Mercedes-Benz telah membuka lembaran baru dalam jenama segmen utamanya dan dalam masa sama menetapkan standard baru untuk bisnes kenderaan kelas-mewah dengan petrl enjin V6-silinder bagi model E 400 HYBRID yang menghasilkan 306hp dan 370Nm, dan juga disokong tambahan 20 kW dan 250 Nm dari motor elektrik.  Angka penggunaan adalah berdasarkan dari standard American CAFÉ iaitu : Bandar 24 mpg, Lebuh raya 31 mpg, kombinasi 27 mpg.  Ini adalah angka penjimatan bahan api yang hebat dan terbaik bagi industri.

mercedes-benz_e-class_hybrid_6

Dengan ini, model E-Class hybrid Mercedes Benz meneruskan siri hybrid komprehensifnya di Malaysia. Teknologi modularnyan membuka ruang pantas untuk Mercedes Benz untuk komplemen model siri lain dengan model hybrid.  Dengan fokus yang jelas atas keperluan berbeza pembeli kereta mewah di Malaysia, model E-Class hybrid memberikan pengurangan pengunaan bahan api yang jelas serta pemanduan yang hebat: Ianya mewakili permotoran hybrid pada tahap premium.

mercedes-benz_e-class_hybrid_1

Model baru ini tidak memerlukan penumpangnya untuk kompromi dengan ruang samada ruang dalaman maupun ruang bagasi.  Terdapat juga faedah tambahan kepada konsep modular hybrid pintar, yang mewakili peningkatan menyeluruh Mercedes-Benz S 400 HYBRID.

mercedes-benz_e-class_hybrid_4

Tiada sebarang perubahan pada badan kenderaan kerana modul hybrid adalah fleksibel dan modular, ini membolehkan ia digunakan pada siri model lain.  Manakala, kos pembinaan tambahan hanya kecil.

mercedes-benz_e-class_hybrid_3

Antara ciri-ciri E 400 HYBRID:

  • Kompak, pintar dan konsep modular hybrid: tiada perlu sebarang perubahan pada badan asas kenderaan
  • Tiada kompromi dari segi ruang, keselamatan dan keselesaan
  • Peningkatan yang signifikan dalam operasi kemudahan mula/berhenti, permulaan enjin yang senyap, keselesaan sepenuhnya.
  • Kombinasi penggunaan (CAFÉ): 27 mp
  • Sebahagian dari strategi pengecilan pintar Mercedes-Benz: meningkatkan output enjin E 400 HYBRID kepada 20 kW dan 250 Nm kerana elektrik motor.
  • Pengalaman pemanduan hybrid yang hebat (fungsi mula/berhenti, brek regenerative, penguat gandaan, motor eletrik sepenuhnya dan fungsi ‘sailing)

mercedes-benz_e-class_hybrid_2

Previous post

Thai Motor Expo 2014 Menyaksikan Prebiu Global Mazda2 SKYACTIV

Next post

Tim Proton R3 Rally Menang Rally Perlis Dalam Kelas 2WD

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *