Gaya Hidup

Shell Akan Memberi Minyak Percuma Untuk Setahun Kepada Pemenang Bertuah

Siapa yang kata takda yang percuma dalam hidup perlu baca ini, Shell Malaysia akan memberi ganjaran kepada pelanggannya yang setia, dengan pertandingan yang paling besar dan menarik yang belum lagi dibuat sebelum ini – menangi minyak percuma untuk setahun! 10,000 pelanggan Shell akan berpeluang berkongsi memenangi minyak percuma dengan nilai lebih RM2 juta dalam pertandingan “Menang Minyak Shell Percuma” yang dilancarkan oleh Dato’ Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. Shell Timur Sdn. Bhd.

Penyertaan adalah mudah, di mana pelanggan hanya perlu pam minyak petrol atau diesel bernilai RM30 di mana-mana stesen minyak Shell seluruh Malaysia, termasuk Shell FuelSave dan Shell V-Power. Pelanggan perlu mengisi boring pertandingan, jawab soalan mudah dan kepilkan bersama resit original.  Pemenang Tiga Hadiah Utama akan dipilih setiap bulan, dan setiap dari mereka akan membawa pulang minyak percuma untuk setahun yang bernilai RM10,000.  Manakala 835 pelanggan berpeluang menang minyak bernilai RM200 untuk setiap minggu.

Shell-Picture-1

“Di Shell Malaysia, kami komited untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan bijak berbelanja di jalan dan juga dalam hidup.  Kami faham rakyat sedang risau tentang kenaikan kos sara hidup, dan kami nampak ini sebagai satu peluang untuk mengurangkan beban dan memberi mereka kurang satu masalah untuk difikirkan.  Komitmen ini yang kami gelarkan mobiliti bijak, adalah yang telah memacu kami untuk berinovasi dan mengetahui cabaran mengubah orang ramai dan barangan dengan selamat, kos efektif dan impak yang dikurangkan ke atas persekitaran,” kata Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. Dan Shell Timur Sdn. Bhd.

“Samada anda memilih minyak Shell FuelSave kami yang dicipta untuk tahan lama atau minyak premium Shell-V Power kami yang memberikan prestasi yang anda perlukan untuk keseronokan memandu, kami akan memberikan ganjaran kepada pelanggan setia kami dengan minyak percuma untuk Shell juga akan mempamerkan kedai mudah alih Shell Select deli2go.  Kedai ini adalah cara inovasi Shell untuk membawa tawaran deli2go kepada pelanggan.   Dibina daripada bekas penghantaran yang dikitar semula, ianya membolehkan Shell untuk memenuhi keperluan pemandu kenderaan yang ‘on-the-go’ yang mahukan makanan dan minuman yang baru disediakan, dari pastry dan hotdog lazat  hingga kopi premium.

“Di Shell, kualiti adalah sangat penting pada kami, di mana kami amat komited untuk menyediakan yang terbaik buat pelanggan kami.  Shell Select deli2go yang buat masa ini boleh didapati di 16 buah stesen, menawarkan produk yang berkualiti premium, di mana semuanya disediakan on-site dan dibungkus untuk pengunaan on-the-go, supaya pemandu dapat menikmati kemudahan makanan on-the-go yang berkualiti, segar, sahih dan lazat,” kata Christine Liew, Ketua Pemasaran Runcit, Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Brunei.

Pertandingan “Menang Minyak Shell Percuma” akan bermula pada 23 Disember, 2014 dan akan berlangsung sepanjang 12 week sebelum berakhir pada 15 Mac, 2015.

Shell-Picture-2

Untuk maklumat lanjut pertandingan, sila layari www.shell.com.my/winfreefuel

 

 

Previous post

Untuk Peminat 911. Laura Pun Pandu 911 Sekarang.

Next post

BMW Sambut 10 Tahun Sebagai Kereta No. 1 Di Dunia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *