Cerita Auto

Projek Ujipandu Aprilia MotoGP 2015 di Jerez

Tiga hari ujipandu di Jerez, kerja yang berat buat tim dan pelumba dan keputusan yang cemerlang.  Bautista dan Melandri membawa V4 baharu dengan injap pneumatik ke trek.  Kerja-kerja selama 3 hari untuk pelumba dan tim menandakan kali kedua projek Aprilia MotoGP di trek dengan kerjasama Gresini Racing.  Selepas ujipandu Valencia dua minggu lepas, Alvaro Bautista dan Marco Melandri kembali menunggang motor Aprilia MotoGP mereka sebagai persediaan untuk musim 2015.  Sekali lagi, cuaca mengganggu perjalanan jadual ujipandu, terutama pada Khamis lepas, di mana hujan berterusan turun dan trek sentiasa basah.

Walaupun melalui cabaran cuaca, motor Aprilia terbukti mampu mengatasinya  dan jadual dapat diteruskan dengan teratur.

Aprilia_MotoGP2

Di Jerez, pelumba Aprilia dapat membiasakan diri dengan powerplant V4 baharu buat pertama kalinya, enjin yang bercirikan injap pneumatik.  Enginnya menjamin tahap kuasa tinggi berbanding dengan versi pertama dengan injap konvensional, dan pertama kali dibawa ke trek pada Rabu lepas sejak kerja-kerja berjalan dari Selasa yang memfokuskan fine tuning pada elektronik dan pembinaan dengan versi lama.

131 pusingan telah dilog oleh masa terbaik ujipandu Alvaro Bautista dalam 3 hari yang tamat pada 1’40.6, sementara Melandri menamatkan pusingan 123 kali dengan masa terbaiknya 1’41.5.

Masih jauh lagi perjalanan mereka untuk membina kemajuan pada masa depan, tetapi semua tim Aprilia berpuas hati dan positif dengan pencapaian keputusan ujian di trek Andalusian sebelum berhenti untuk musim sejuk.  Ujian akan kembali dijalankan dengan musim resmi di Malaysia di Litar Sepang.

Aprilia_MotoGP1

Previous post

Kereta Hyundai Baharu SONATA 2015 Menang Anugerah Utama di U.S.

Next post

Jeep Grand Cherokee Baru Kini Di Malaysia. Dari RM449k

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *