Cerita Auto

Kereta Hyundai Baharu SONATA 2015 Menang Anugerah Utama di U.S.

Model Sonata sedan baharu dari Hyundai terus menambah senarai pencapaiannya setelah mendapat gelaran ‘Kenderaan paling popular’ oleh laman web popular beli-kereta, Edmunds.com.  Kenderaan itu dipuji kerana ciri keselamatan dan kemudahan, gaya halus dan enjin yang berkuasa tinggi serta ciri2 yang efisyen.

“Nilai Sonata disokong oleh ciri-ciri keselamatan yang menerajui dalam kelasnya, termasuk amaran lorong permulaan dan sistem amaran pelanggaran depan,” kata Scott Oldham, Ketua Pengarang, Edmunds.com. “Digabungkan pula dengan rekaan yang sofistikated, pemanduan yang selesa dan ciri kawalan yang baik, dan juga pilihan rangkaian kuasa yang bagus, menjadikan Sonata sebuah kereta pilihan keluarga.”

Hyundai_Sonata_Sport_1

Setiap tahun, Tim Ujian Edmunds menilai lebih dari 200 kenderaan dalam 10 kategori.  Setiap kenderaan dipandu dalam pusingan uji-pandu jalan yang standard dan lawatan trek ujipandu penerbitan bagi ujian teralat dalam situasi yang terkawal.  Masa memandu pengarang digunakan untuk mendapatkan rating yang akan menilai bagaimana kereta disusun antara saingannya dalam saiz dan harga.  Setelah dinilai, setiap kenderaan akan diberikan markah sepenuhnya, dan kenderaan yang mendapat ‘A’ akan mendapat gelaran ‘Kereta paling popular’ Edmunds.

Ciri keselamatan Sonata bertujuan membantu mengelakkan kemalangan dan memaksimumkan keselamatan bagi penumpang jika berlaku pelanggaran.  Sonata 2015 dilengkapi dengan Kawalan Stabil Elektronik, Pengurusan Stabil Kenderaan, Kawalan Tarikan, ABS dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dengan penunjuk tekanan bagi setiap tayar yang dapat membantu kenderaan mengekalkan tarikan dalam apa jua situasi cuaca.

Hyundai_Sonata_Sport_3

Previous post

RON97 Habis dijual Apabila Pemandu Kereta Mewah Membeli Lebih Dari Yang Diperlukan.

Next post

Projek Ujipandu Aprilia MotoGP 2015 di Jerez

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *