Berita Auto

Keseronokan Memandu Volkswagen Model Polo GTI 192bhp Manual

Polo GTI baharu dikuasakan oleh enjin turbocharge petrol 1.8 liter (1,798 cc) yang memberikan 192 PS di antara 4,200 dan 6,200 rpm (5,400-6,200 DSG), menandakan peningkatan kepada 12 PS melepasi model yang ada sekarang.  Dan berbanding Polo GTI terdahulu, generasi terbaru ini boleh didapati dengan pilihan  enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan DSG gearbox automatik.

Gearbox manual Polo menghasilkan tork maksimum 320 Nm (236 Ibsft), antara 1,250 dan 5,300 rpm kerana perbezaan teknikal dalam rekaan parameter gearbox.

Polo GTI boleh mencapai 62 Nm dari berhenti dalam 6.7 saat dan menghasilkan kelajuan tertinggi 146 mph.  Kecekapan kuasa Polo GTI adalah dengan kombinasi penjimatan penggunaan bahan api dengan kadar 50.4 mpg dan emisi karbon dioksida pada kadar 129 g/km untuk DSG ( 47.1 mpg dan 139 g/km untuk manual)

Polo GTI mengikut rekaan dari model asalnya, Golf GTI.  Jika dibandingkan dengan Polo standard, model baru ini datang dengan bumper baru, GTI insignia, roda aloi ‘Parabolica’ 17 inci dan radiator merah grille strips dan honeycomb grille yang membuatnya lebih cemerlang dari rangkaian Ford yang lain, juga suspensi sport standard (rendah pada 10 mm pada bahagian depan dan 15mm pada bahagian belakang)

Pada bahagian depan, lampu LED adalah peralatan standard buat pertama kalinya, manakala pada bahagian belakang dipasang GTI roof spoiler, lampu belakang dalam warna merah gelap, grained diffuser hitam dan paip ekzos krom dual menampilan lagi tema sporti

Bagi bahagian dalam, Polo GTI menampilkan stereng sporti yang menggunakan kulit dengan logo dan jahitan berwarna merah Golf GTI. Ini termasuk gear dan brek tangan dan floor mat dengan jahitan warna merah.  Tempat duduk dengan bolster hitam dengan rekaan checked ‘Clark’ telah menjadi lambang GTI sejak dari GTI pertama lagi pada tahun 1976.

Polo GTI ini mempunyai ESC Sport ( kawalan kestabilan elektronik).  Seperti Golf GTI, ini membolehkan ESC disesuaikan untuk kegunaan di litar.  Ia berjalan dalam dua peringkat : pertama kawalan traction ditutup, kemudian ESC Sport diaktifkan dengan menaikan ambang ESC dan melambatkan intervensi (tanpa ESC perlu diaktifkan sepenuhnya).  XDS+ juga dalah standard: lagi satu ‘import’ dari Golf GTI, XDS mengimbangi  pembelokkan kurang yang tipikal pada kereta pacuan roda depan, bermakna ciri-ciri memandu adalah lebih tepat dan neutral.

Yang boleh didapati sebagai pilihan kepada Polo GTI baharu adalah Sport Performance Pack dengan Dynamic Chassis Control yang menawarkan stereng sporti, tindakbalas pecutan dan bunyi bising enjin dalam kereta.

VW_pologti_2

 

Previous post

Edisi Terhad Ford Focus, Kini Boleh Didapati dari RM131,888.00

Next post

Ford Focus RS Bakal Muncul Pada 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *