Cerita Auto

Edisi Terhad Ford Focus, Kini Boleh Didapati dari RM131,888.00

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) baru saja memperkenalkan edisi terhad Ford Focus yang menampilkan pelbagai naik taraf untuk pasaran.  Edisi khas Focus boleh didapati di semua bilik pameran Ford di Semenanjung Malaysia untuk masa terhad.  Dibezakan oleh reka bentuk anggun dan sporty, keseronokan memandu dan prestasi bahan api yang cekap, dan pakej keselamatan yang komprehensif, Focus baru ini penuh dengan teknologi pintar dan ciri-ciri yang tidak dapat ditandingi dalam segmennya.

Boleh didapati dalam warna biru Winning dan Putih Frozen, edisi terhad Focus ini berharga RM131,888* dengan tambahan ciri-ciri khas seperti:

  • Body Kit Penuh
  • Lampu Siang
  • Sticker Edisi Khas
  • Lapik Kaki Sports
  • Tempat Duduk Kulit

Dengan hampir 10 juta dijual sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1998, kini Focus adalah kenderaan paling laris di dunia dan menjadi kegemaran pengguna seluruh dunia kerana nilainya yang cemerlang, keselesaan, keselamatan dan pemanduan yang menyeronokkan.

Focus menggunakan enjin Duratec 2.0 liter Ti-VCT GDi yang memberikan kuasa 170 PS dan tork 202 Nm dengan transmisi automatic terkini tujuh-kelajuan Ford Powershift, yang menggabungkan kecekapan, ratio gear yang dioptimumkan, dan prestasi transmisi manual yang responsif dengan kelancaran, penggunaan automatik konvensional yang mudah dan senang.

Pelan Khidmat Tambahan Ford

Edisi terhad Focus disertakan dengan Ford’s Extended Service Plan (ESP) untuk memberikan ketenangan kepada pelanggan.  Ford ESP termasuk 3 tahun program penyelenggaraan 60,000km yang melindungi alat ganti dan caj buruh percuma.

Focus-SE-Profile

 

Previous post

Kenapa Saya Suka Ferrari

Next post

Keseronokan Memandu Volkswagen Model Polo GTI 192bhp Manual

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *